Jumaat, 26 Ogos 2016 | 3:49pm
KETUA Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak (dua dari kanan) beramah mesra bersama pengunjung yang memenuhi tapak jualan buah durian di pasar jualan 'FAMA MyBest Buy-Jualan Terus Dari Ladang' di FAMA Point Bandar Baru Selayang. - Foto BERNAMA

Buah cinta tarikan jualan terus dari ladang FAMA

SELAYANG: Buah cinta, tarap, bambangan dan lemak manis yang dibawa khas dari Sabah menjadi daya tarikan Program Jualan Terus Dari Ladang atau 'MyBest Buy' FAMA di perkarangan tempat letak kenderaan bangunan FAMA Point, Bandar Baru Selayang di sini, hari ini.

Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak, berkata pihaknya membawa masuk 200 kilogram buah-buahan nadir atau jarang ditemui yang hanya tumbuh di bumi Sabah itu.

"Sambutan amat menggalakkan dan kita akan memasarkan lebih banyak buah-buahan tempatan yang jarang ditemui pada masa akan datang, termasuk longan kristal dari Sarawak," katanya kepada media selepas melawat tapak Program Jualan Terus Dari Ladang FAMA, hari ini.

Sebanyak 54 tan buah-buahan dijual sempena program berlangsung sekali sebulan itu, termasuk 20 tan durian pelbagai spesies dan rambai serta buah jentik-jentik dari Kedah.

Tapak jualan diserbu ribuan orang ramai hingga berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk.

Berita Harian X