Khamis, 26 Mei 2016 | 3:33pm

Warga Nepal mengaku pukul rakan

SEORANG warga Nepal, Shanka Lal Bhlon, dibawa keluar dari mahkamah selepas dijatuhi hukuman penjara lima bulan dan denda RM200 setelah mengaku bersalah memukul kepala seorang pemuda sehingga cedera menggunakan kepingan besi di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh. - Foto Nurul Fhatihah Zakinan

AYER KEROH: Seorang warga Nepal dihukum penjara sebulan dan denda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah memukul kepala rakan sekerjanya menggunakan kepingan besi, minggu lalu.

Majistret Analia Kamarudin memerintahkan Shanka Lal Bhlon, 23, menjalani hukuman penjara dua minggu jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan kepada Norshah Fendi Anuar, 21, di bahagian kepala menggunakan kepingan besi penghadang di sebuah kilang elektronik di Taman Teknologi Cheng, jam 3.45 pagi, 17 Mei lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau sebat.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Rosli Rasi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh yang kurang fasih berbahasa Melayu dalam rayuannya meminta untuk pulang ke negara asal.

Selepas mendengar rayuan dan permohonan kedua-dua pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 17 Mei lalu dan denda RM300.

Tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

Berita Harian X