Selasa, 7 March 2017 | 7:39pm

Zambry berkubang meriahkan sukan bendang

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. - Foto Abdullah Yusof
MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. - Foto Abdullah Yusof

PARIT: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir turut sama turun bendang bersama masyarakat setempat di Bendang Senin, Kampung Senin Layang-Layang Kanan di sini sempena hari pertama Pemukiman Menteri Besar di daerah Perak Tengah, hari ini.

Beliau yang pada mulanya hanya menonton aktiviti rakyat di tepi kawasan acara kemudian turut sama memeriahkan acara menangkap ikan keli yang diadakan sebaik beliau tiba di situ.

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (kanan) turut serta dalam perlawanan futsal di Bendang Senin, Kampung Senin Layang Layang Kanan sempena Permukiman Perak Tengah Bersama Menteri Besar Perak. - Foto Muhaizan Yahya

Zambry kemudian turut menyertai acara bola sepak bendang yang turut disertai Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Zaim Abu Hassan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja, Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Pelbagai acara sukan rakyat diadakan sempena program sukan bendang berkenaan antaranya tangkap itik, panjat tiang licin, pukul bantal, tangkap keli, bola sepak bendang dan sukaneka bendang kanak-kanak.

Sebaik selesai menyertai acara bola sepak bendang selama kira-kira 10 minit, Zambry kemudian terus menghadiri sidang media dalam keadaan basah lencun di tapak acara diadakan.

Berita Harian X