Selasa, 7 March 2017 | 12:38am

Pasukan MB Perak menang tipis

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (dua kanan) ketika hadir perlawanan persahabatan bola sepak antara Team MB Perak dan Wen Parker SC di Stadium Perak, Ipoh. - Foto Abdullah Yusof
MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (dua kanan) ketika hadir perlawanan persahabatan bola sepak antara Team MB Perak dan Wen Parker SC di Stadium Perak, Ipoh. - Foto Abdullah Yusof

IPOH: Pasukan Menteri Besar Perak menumpaskan pasukan China Amerika Wen Parker SC, 3-2 dalam perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Perak, sebentar tadi. 

Perlawanan yang diadakan dalam tiga sesi itu menyaksikan pelawat menurunkan khidmat legenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun serta Azrul Amri Burhan dan Lim Seng Kong.

Pasukan tuan rumah pula diperkuatkan bekas pemain negeri, Chan Kok Heng, K Nanthakumar, Chee Wan Hoe, P Gunasegaran, dan Danial Fadzly. 

Tuan rumah yang turut menampilkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendahului 2-0 pada separuh pertama hasil jaringan Kuzairi Suzali Hamzah pada minit ke-15 dan Danial Fadzly pada minit ke-19.

Bagaimanapun pelawat yang menunjuk kesungguhan pada separuh masa kedua merapatkan jurang melalui sepakan penalti Kiranjit Singh pada minit ke-50. 

Pelawat mengasak hebat pada babak ketiga dan berjaya menyamakan kedudukan selepas enam minit permainan disambung melalui tindakan bijak Tan Kok Wai pada minit ke-66. 

Namun empat minit kemudian, Ishsam Shahruddin meranapkan impian pelawat dengan menyumbat gol kemenangan tuan rumah.

Berita Harian X