Ahad, 19 Februari 2017 | 3:25pm

Peserta Kenya juarai Gua Tempurung Lipstick Challenge 2017

DATUK Nolee Ashilin Mohammed Radzi (dua kanan) menyampaikan hadiah tempat pertama kategori Antarabangsa kepada Irene Kemunto Mogaka (tiga kanan). Turut kelihatan Penolong Pegawai Daerah Kampar, Lailatulmeah Adnan (kiri) pada pertandingan Lipstick Challenge Gua Tempurung 2017 di Gua Tempurung, Gopeng.- Foto Abdullah Yusof
DATUK Nolee Ashilin Mohammed Radzi (dua kanan) menyampaikan hadiah tempat pertama kategori Antarabangsa kepada Irene Kemunto Mogaka (tiga kanan). Turut kelihatan Penolong Pegawai Daerah Kampar, Lailatulmeah Adnan (kiri) pada pertandingan Lipstick Challenge Gua Tempurung 2017 di Gua Tempurung, Gopeng.- Foto Abdullah Yusof

GOPENG: Peserta Kenya, Irene Kemunto Mogaka, 30, menjuarai Gua Tempurung Lipstick Challenge 2017 yang berlangsung di Taman Rekreasi Gua Tempurung, sebentar tadi.

Irene yang menyertai kategori antarabangsa berjaya menyelesaikan tujuh halangan yang disediakan di sepanjang laluan sejauh 10 kilometer dengan masa terpantas 44 minit 31 saat.

Michele Tan Bee Kiang, 32, pula menjuarai kategori kebangsaan dengan catatan 51 minit 2 saat manakala bagi kategori kanak-kanak bawah 17 tahun dimenangi Amanda Margaret, 10.

Pada cabaran itu, semua peserta diwajibkan beraksi sambil memakai gincu dengan menempuh pelbagai halangan disediakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi hadir bagi menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

Nolee Ashilin berkata, program kali kedua anjuran Tourism Perak itu disertai seramai 570 peserta dari dalam dan luar negara, termasuk Kenya, Ukraine, Indonesia, Singapura, Australia dan Korea.

"Jumlah peserta pada program kali ini meningkat tiga kali ganda berbanding tahun lalu, jadi saya berharap kita dapat melipatgandakan jumlah peserta pada penganjuran akan datang," katanya selepas menyampaikan hadiah program berkenaan di sini, hari ini.

Nolee Ashilin berkata, program tahun ini juga menerima sambutan menggalakkan dan yakin sambutan menggalakkan itu membantu Perak mencapai sasaran lapan juta pelancong domestik pada tahun ini.

Berita Harian X