Selasa, 11 Oktober 2016 | 7:52pm

Warga emas maut, motosikal rempuh kereta

SEORANG lelaki warga emas maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh kereta PERODUA Kancil di Jalan Haruan Mambang Diawan, di Ipoh, pagi tadi. - Foto ihsan PDRM
SEORANG lelaki warga emas maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh kereta PERODUA Kancil di Jalan Haruan Mambang Diawan, di Ipoh, pagi tadi. - Foto ihsan PDRM

KAMPAR: Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal yang ditunggangnya merempuh kereta PERODUA Kancil di Jalan Haruan Mambang Diawan, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu, mangsa, Hew Kwai Lim, 77, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badannya.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari pekan Mambang Diawan menghala balik ke rumah dan ketika melalui simpang empat, sebuah kereta dipercayai tidak memberhentikan kenderaannya sebelum mangsa merempuh kereta itu.

"Motosikal itu mengalami kerosakan di bahagian hadapan manakala kereta itu pula mengalami kerosakan pintu belakang," katanya.

Kong Soon berkata, tiada tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X