Rabu, 21 September 2016 | 4:06pm
Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK negeri, Mokhtarudin Mohamad, menunjukkan antara peralatan menghisap dadah yang ditemui. - Foto Noor Hidayah Tanzizi
Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK negeri, Mokhtarudin Mohamad, menunjukkan antara peralatan menghisap dadah yang ditemui. - Foto Noor Hidayah Tanzizi

67 kena tahan kes dadah di 3 pusat hiburan

Antara yang ditahan dalam serbuan di tiga pusat hiburan di Pekan Sitiawan oleh AADK. - Foto Noor Hidayah Tanzizi
Antara yang ditahan dalam serbuan di tiga pusat hiburan di Pekan Sitiawan oleh AADK. - Foto Noor Hidayah Tanzizi

MANJUNG: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Manjung menahan 67 individu termasuk dua wanita dalam operasi di tiga pusat hiburan di Sitiawan di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Penguatkuasaan AADK Perak, Mokhtarudin Mohamad, berkata, operasi bersepadu itu dijalankan di sekitar pekan Sitiawan bermula jam 10 malam bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah.

"Semua yang ditahan berusia antara 31 hingga 66 tahun dan ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah.

"Ketika serbuan, ada individu cuba bersembunyi dan melarikan diri namun berjaya ditahan. Kami juga menemui beberapa peralatan yang digunakan untuk menghisap dadah seperti penyedut minuman dan botol," katanya di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

Berita Harian X