Rabu, 13 Januari 2016 | 1:54pm
GAMBAR fail, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob (tengah) menunjukkan alatan dan dokumen yang dipalsukan setelah berjaya menahan dua lelaki yang berumur 21 dan 40 tahun dipercayai suspek utama sindiket pemalsuan dokumen berharga, 6 Januari lalu. - Foto Saiful Shahrin Ahmad Pauzi

Jenayah harta benda meningkat di Kerian

BAGAN SERAI: Kadar jenayah harta benda di daerah Kerian mencatat peningkatan sepanjang tahun lalu, berbanding tempoh yang sama tahun 2014.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacub, berkata sebanyak 187 kes jenayah harta benda dilaporkan tahun lalu berbanding 174 kes pada 2014, peningkatan 13 kes atau 6.27 peratus.

Bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di sini hari ini, beliau berkata jenayah kekerasan mencatat penurunan empat kes.

"Bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lalu, sebanyak 36 kes jenayah kekerasan dicatat berbanding 40 kes dalam tempoh sama pada tahun 2014.

"Secara keseluruhan, jenayah indeks meningkat sembilan kes iaitu 223 kes pada tahun lalu berbanding 214 kes pada 2014," katanya dan menambah agar orang ramai memberi kerjasama menyalurkan maklumat kepada polis bagi membendung kegiatan jenayah di daerah itu.

- BERNAMA

Berita Harian X