Ahad, 16 Julai 2017 | 12:12am
MUSA membimbing peserta melakukan aktiviti berkayak mengelilingi Pulau Pangkor yang sentiasa dapat sambutan peserta. - Foto Ihsan PEMBACA
MUSA membimbing peserta melakukan aktiviti berkayak mengelilingi Pulau Pangkor yang sentiasa dapat sambutan peserta. - Foto Ihsan PEMBACA
MUSA, sedia membimbing peserta melakukan aktiviti berkayak mengelilingi Pulau Pangkor yang sentiasa dapat sambutan peserta. - Foto Ihsan Pembaca
MUSA, sedia membimbing peserta melakukan aktiviti berkayak mengelilingi Pulau Pangkor yang sentiasa dapat sambutan peserta. - Foto Ihsan Pembaca

Snorkeling sambil mengintai ikan kitang

PULAU PANGKOR: Mungkin ramai masih beranggapan aktiviti snorkeling adalah eksklusif dan memerlukan kos yang mahal mencecah sehingga ribuan ringgit untuk menceburi sukan lasak itu.

Bagaimanapun, tanggapan itu adalah salah kerana dengan hanya berbelanja tidak sampai RM5 kita boleh menyewa peralatan snorkeling untuk berenang di permukaan laut di Coral Beach, Pulau Pangkor, Perak.

Pegawai pemasaran dan jualan, SF Watersport Centre (SF Watersport), Musa Jaafar, berkata snorkeling juga sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat sama ada kanak-kanak atau orang dewasa berbeza dengan menyelam di dasar laut kerana ia amat selamat dan dijalankan dengan pemantau rapi pihak berkenaan.

"Soal tahu berenang atau tidak itu hal lain tetapi syarat utama kita kena tahu prosedur operasi standard (SOP) seperti sentiasa memakai jaket keselamatan dan 'goggles' ketika snorkeling.

MUSA Jaafar, sedia membimbing peserta melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Pangkor. - Foto Ihsan Pembaca
MUSA Jaafar, sedia membimbing peserta melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Pangkor. - Foto Ihsan Pembaca

ATV ronda pantai

"Kebanyakan pelancong datang snorkeling ke sini kerana mahu melihat pelbagai jenis spesies ikan berwarna-warni termasuk tiger fish, ikan bayan dan ikan kitang yang sangat jinak di Pulau Pangkor," katanya.

Musa berkata SF Watersport juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk aktiviti sukan air termasuk berkayak, 'Banana Bot'; Poparazzi; High Roller; Great Big Mable; Bandwagon, jetski dan menunggang kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) di pantai.

Katanya, pihaknya juga menyediakan perkhidmatan bot dengan bayaran semurah RM15 untuk pelancong yang ingin mengelilingi dua pulau dan empat pantai di Pulau Pangkor.

"Jika dibandingkan dengan kadar bayaran dikenakan sesetengah operator di Pulau Perhentian dan Tioman, harga kita lebih murah sebab itulah ramai pelancong suka datang bercuti bersama keluarga ke sini pada hujung minggu atau cuti umum," katanya.

Mereka yang berminat dan ingin mendapatkan keterangan lanjut boleh mengunjungi laman web www.sfwatersport.info atau e-mel ke fun@sfwatersport.info atau telefon 05-6852227.

Musa sedia membimbing peserta melakukan akriviti snorkeling di Pulau Pangkor. Foto Ihsan PEMBACA
Musa sedia membimbing peserta melakukan akriviti snorkeling di Pulau Pangkor. Foto Ihsan PEMBACA

Profil:

  • Nama: Musa Jaafar.
  • Tarikh lahir: 23 April 1984.
  • Umur: 33 tahun.
  • Asal: Perak.
Berita Harian X