Ahad, 16 Julai 2017 | 12:08am
LIM Chai Eeu menunjukkan Teknik urutan parang. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
LIM Chai Eeu menunjukkan Teknik urutan parang. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
 URUTAN ini asalnya di inspirasikan oleh tentera negara China untuk menghilangkan tekanan dan menyihatkan badan dan kemudiannya diikuti oleh Taiwan sejak 250 tahun. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
URUTAN ini asalnya di inspirasikan oleh tentera negara China untuk menghilangkan tekanan dan menyihatkan badan dan kemudiannya diikuti oleh Taiwan sejak 250 tahun. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
ONG Chong Jin menunjukkan bahagian urutan parang di Jalan Tuanku Haminah. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
ONG Chong Jin menunjukkan bahagian urutan parang di Jalan Tuanku Haminah. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
LIM Chai Eeu mengurut menggunakan teknik urutan parang di Jalan Tuanku Haminah. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
LIM Chai Eeu mengurut menggunakan teknik urutan parang di Jalan Tuanku Haminah. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
PENGUSAHA Rawatan Terapi Urutan Parang Xian Tian, Ong Chong Jin. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal
PENGUSAHA Rawatan Terapi Urutan Parang Xian Tian, Ong Chong Jin. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

Urut guna parang

KUALA LUMPUR: Pelbagai cara individu ingin kelihatan cantik, menaikkan seri wajah, melangsingkan badan dan awet muda.

Ada antara kaedah digunakan seperti tidak masuk akal dan agak pelik, namun inilah antara rawatan kecantikan tidak kira lelaki atau wanita untuk meningkatkan kejelitaan dan ketampanan individu.

Rawatan kecantikan menggunakan parang atau pisau kedengaran mengerikan tetapi teknik yang dianggap berbahaya itu mendapat mendapat sambutan hangat daripada pelbagai golongan usia dan kaum.

Kaedah urutan menggunakan parang ini asalnya dimulakan oleh tentera di China untuk menghilangkan tekanan dan menyihatkan badan, diikuti oleh Taiwan sejak 250 tahun lalu.

Di pasar malam Taiwan Hualien, anda dapat melihat pemandangan biasa pengunjung menawarkan urutan menggunakan parang.

Bukan parang biasa

Rawatan seumpamanya juga ditawarkan negara ini, iaitu di Kota Damansara, Kuala Lumpur; Lebuh Pantai, Georgetown, Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah.

Pengusaha tempatan bagi Rawatan Terapi Urutan Parang Xian Tian, Ong Chong Jin, 63, berkata urutan menggunakan parang ini tidak berbahaya kerana senjata yang digunakan itu akan ditumpulkan terlebih dulu sebelum sesi rawatan.

Katanya, ia seperti parang biasa tetapi bagi rawatan itu, berat parang mesti dalam lingkungan 300 gram hingga 400 gram.

"Berat parang ini tidak boleh terlalu berat dan tidak boleh terlalu ringan kerana ketukan parang pada badan pelanggan mempunyai rima tersendiri iaitu seolah-olah mencincang tubuh yang mengandungi toksin.

"Setiap ketukan yang dilakukan tukang urut mesti mengikut teknik yang betul dan berpandukan titik akupuntur yang terdapat pada badan bagi memastikan ia berkesan.

"Teknik ini tidak mencederakan atau melukakan pelanggan," katanya ketika ditemui BH Plus di Pusat Rawatan Terapi Urutan Parang, Sungai Petani, Kedah.

Lancarkan darah

Ong berkata, ketukan parang pada anggota badan dan muka tidak dilakukan terlalu kuat sehingga mencederakan pelanggan.

Katanya, teknik rawatan parang dilakukan dengan gerakan naik turun dipercayai melepaskan tenaga statik.

Biasanya, badan pelanggan yang mendapatkan khidmat rawatan di situ akan dibalut dengan kain tuala atau kain selimut supaya tekanan hentakan tidak keterlaluan.

Ong berkata, rawatan menggunakan parang ini sangat sesuai untuk wanita terutama bagi mereka yang baru melahirkan anak.

"Wanita berkahwin dan melahirkan anak sangat sesuai mendapatkan rawatan ini kerana ia mampu mengembalikan tenaga mereka disamping melancarkan aliran darah.

Rawatan awet muda

Selepas rawatan ia membantu menghilang tekanan kerana menghayati setiap ketukan di badan. Terapi parang ini didakwa mampu meningkatkan kualiti tidur, melancarkan aliran darah, melepaskan tenaga yang tersimpan pada tubuh dan membersihkan racun berbahaya dan tidak memberi kesakitan kepada pesakit.

"Malah, rawatan ini juga sesuai dan membantu membuang lemak pada bahagian paha. Apabila aliran darah lancar, pasti ia memberikan memberi sinar kecantikan dan menaikkan seri wajah agar nampak lebih muda," katanya.

Semua pekerja beliau dihantar ke Taiwan untuk mempelajari ilmu rawatan menggunakan parang dan mereka tidak boleh makan sebarang daging sebagai syarat menceburi bidang ini.

Teknik tetakan pisau atau parang ini perkara biasa diamalkan di Taiwan kerana didakwa untuk menghindari penyakit seperti kanser.

Justeru, pasar malam Taiwan Hualien, dilihat pemandangan lazim, ramai pengusaha menawarkan urutan menggunakan parang yang popular sejak 250 tahun di negara itu.

Bukan barang biasa seperti untuk memasak atau berkebun, sebaliknya dihasilkan mengikut kesesuaian dan jenis besi.

Setiap tetakan menggunakan belakang parang atau bahagian tepi parang mengikut rima tersendiri seolah-olah mencincang tubuh yang mengandungi toksin.

Inspirasi seni pertahan diri

Teknik yang dikatakan inspirasi daripada pertahanan diri tradisi Taiwan itu menggunakan dua bilah parang, yang mana ia akan ditetak di bahagian belakang badan secara bertubi-tubi.

Biasanya, badan pesakit dibalut dengan kain tuala atau kain selimut supaya tekanan hentakan tidak keterlaluan.

Pemilik Pusat Penyelidikan Terapi Seni Kuno di Taiwan, Hsiao Mei Fang, berkata beliau sudah 13 tahun menawarkan perkhidmatan itu dan sehingga hari ini, ia tidak memudaratkan keselamatan pelanggannya.

Katanya, pada awal urutan, beliau mengurut menggunakan sebatang tongkat dipercayai melonggarkan saluran darah dan memperbaiki peredaran darah, sebelum menggunakan pisau.

Trend ikutan

Trend urut kepala dan wajah menggunakan parang atau pisau sangat terkenal dan menjadi aliran di negara terbabit.

Boleh dikatakan ramai yang sanggup beratur panjang untuk merasai terapi pelik terbabit berikutan didakwa dapat menyembuhkan banyak penyakit.

Rawatan ini didakwa mampu melancarkan aliran darah, melepaskan tenaga yang tersimpan pada tubuh dan membersihkan racun berbahaya dan tidak memberi kesakitan kepada pesakit.

Setiap sesi urutan akan dilakukan selama 30 minit dan bayaran yang dikenakan sebanyak RM62.

Ada syarat yang perlu dipatuhi. Sebelum menjalani rawatan terbabit, pelanggan akan dinasihatkan untuk tidak gementar upaya urutan dapat dilakukan dengan mudah.

INFO

  • Bayaran yang dikenakan bagi setiap 1 jam sebanyak RM88 manakala bagi 30 minit sesi rawatan berharga RM44.
  • 10 minit percubaan dikenakan bayaran RM13.
  • Tidak sesuai untuk ibu mengandung.
  • Pesakit kronik.
  • Disediakan rawatan di Kota Damansara, Petaling Jaya.
  • Rawatan di Georgetown, Pulau Pinang setiap Ahad.

Langkah rawatan

  • 1- Ketukan akan dimulai di bahagian bahu.
  • 2- Ketukan akan dilakukan di bahagian tepi tukang belakang.
  • 3- ketukan akan dilakukan di bahagian pinggang.
  • 4- ketukan di bahagian bahagian tangan kiri dan kanan
  • 5- Pinggul
  • 6- Kaki kiri dan kaki kanan.
Berita Harian X