Ahad, 16 Julai 2017 | 12:06am
ADUN Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Hanafiah (kanan) menyampaikan Watikah Penaung Pertubuhan Kebajikan Veteran 933/934 Delta Kompeni Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) 1976 kepada Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida (dua kanan) sambil di saksikan oleh Presiden Pertubuhan Kebajikan Veteran 933/934 PULADA, Datuk Idris Husin (kiri) di Majlis Perasmian Dewan Anak Yatim / Miskin Budi Mulia Nurul Huda dan Pertubuhan Kebajikan Veteran 933/934 Delta Kompeni PULADA 1976 di Tanah Hitam Chemor, Ipoh. - Foto NSTP/L. Manimaran

Vida tak serik bercinta

KUALA LUMPUR: Tiga kali gagal dalam perkahwinan, usahawan selebriti, Datuk Seri Dr Vida mengakui belum serik mencari cinta sejati kerana yakin masih ada lelaki yang ikhlas mendampingi diri dan menerimanya seadanya.

Kembali bersendirian selepas berpisah dengan Fairuz Ahmad Zainuddin pada April lalu, Vida atau nama sebenarnya, Hasmizah Othman, 45, tidak menafikan, ramai yang lelaki yang cuba mendekati dan melamar cintanya.

Namun, pengalaman lalu membuatnya lebih berhati-hati dalam menerima cinta kerana tidak mahu gagal lagi. Baginya, memadai jika lelaki itu mempunyai kehidupan yang selesa kerana apa yang dicarinya ketika ini hanya keikhlasan.

"Saya perlu berhati-hati dengan lelaki yang ingin hadir dalam hidup. Seperti wanita lain, saya juga mendambakan lelaki yang segak dan berharta namun, apa yang lebih penting hatinya perlu ikhlas. Saya tidak kisah berkawan, cuma kali ini, saya tidak mahu tersalah langkah lagi.

"Pelbagai jenis lelaki yang cuba mendekati, tetapi saya perlu melakukan banyak tapisan kerana bimbang terluka lagi," katanya.

IPOH 06 APRIL 2017. (METRO KAFE AHAD) Temubual pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman,46, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida. NSTP/EFFENDY RASHIDEFFENDY RASHID
IPOH 06 APRIL 2017. (METRO KAFE AHAD) Temubual pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman,46, atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida. NSTP/EFFENDY RASHIDEFFENDY RASHID

Cinta bukan keutamaan

Vida berkata, dia juga tidak berminat untuk menjalin cinta seperti pasangan muda kerana rutin hidupnya terlalu sibuk hingga ada ketika, terpaksa melelapkan mata di dalam kenderaan.

Baginya, cinta juga bukan keutamaan kerana impiannya kini adalah mengukuhkan lagi empayar perniagaan, Vida Beauty yang diasaskannya.

"Saya tidak lagi memikirkan soal cinta kerana apa yang lebih penting, saya mahu memastikan legasi perniagaan terus berkembang ke peringkat antarabangsa. Biarpun sendiri, saya hidup bahagia bersama dua anak saya, Nur Edlynn Zamileen, 11, dan Muhammad Eric Zaquan, 9.

"Ketika ini, saya juga sibuk dengan cabang baharu apabila merakamkan single, I Am Me. Saya serius apabila mengambil keputusan untuk menyanyi, malah turut belajar menari sebagai persiapan menjadi penyanyi sebenar," katanya.

IPOH 21 JUNE 2017. Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida di Taman Meru, Ipoh. NSTP/ABDULLAH YUSOFABDULLAH YUSOF
IPOH 21 JUNE 2017. Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida di Taman Meru, Ipoh. NSTP/ABDULLAH YUSOFABDULLAH YUSOF

Lagu gambaran diri

Bercerita mengenai single pertamanya yang dilancarkan secara rasmi pada Jumaat lalu, Vida berkata, lagu I am Me ciptaan Edry Abdul Halim itu menggambarkan dirinya yang sebenar.

"Kalau sesiapa mahu mengenali saya yang sebenar, mereka boleh mendengar lagu ini. Sejak awal proses pembikinan lagu, saya sudah memberitahu Edry, saya mahukan sentuhan yang sedap didengar dan diingati tetapi pada masa sama, menceritakan mengenai diri saya.

"Saya gembira dengan maklum balas yang diterima dan tidak ambil pusing mereka yang mengkritik," katanya yang bercita-cita mahu menawan dunia dengan lagu berkenaan.

Vida juga yakin lagu itu mampu viral dan menembusi pasaran antarabangsa.

PUTRAJAYA 14 MAY 2017. Penaja Utama ABPBH 2017, Datuk Seri Vida pada malam kemuncak tiga dekad Anugerah Bintang Popular BH 3.0 (ABPBH 3.0) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). NSTP/AZIAH AZMEEAZIAH AZMEE

INFO: Datuk Seri Vida

  • Berasal dari Machang, Kelantan.
  • Mendapat pendidikan peringkat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Biologi.
  • Anak bongsu daripada tiga beradik.
  • Mula berniaga seawal usia sembilan tahun.
  • Terkenal sebagai penaja rancangan hiburan termasuk Anugerah Bintang Popular BH 3.0 yang lalu.
Berita Harian X