Sabtu, 15 Julai 2017 | 12:12am
 PEMAIN ragbi perempuan SK Presint 8 (1), Putrajaya ketika mengadakan sesi latihan . - Foto Mohd Fadli Hamzah
PEMAIN ragbi perempuan SK Presint 8 (1), Putrajaya ketika mengadakan sesi latihan . - Foto Mohd Fadli Hamzah
 MIRZA Batrisya Mohd Farid. - Foto Mohd Fadli Hamzah
MIRZA Batrisya Mohd Farid. - Foto Mohd Fadli Hamzah
SITI Mashitah Ahmad. - Foto Mohd Fadli Hamzah
SITI Mashitah Ahmad. - Foto Mohd Fadli Hamzah
KETUA Jurulatih, Fazlie Mohamed memberi arahan kepada pemain ragbi perempuan SK Presint 8 (1), Putrajaya ketika sesi latihan. - Foto Mohd Fadli Hamzah
KETUA Jurulatih, Fazlie Mohamed memberi arahan kepada pemain ragbi perempuan SK Presint 8 (1), Putrajaya ketika sesi latihan. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Ragbi sentuh

PUTRAJAYA: Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 8 (1) menubuhkan pasukan ragbi sentuh untuk murid prasekolah selepas pasukan senior menunjukkan pencapaian cemerlang.

Pengurus pasukan, Siti Mashitah Ahmad, berkata dalam pertandingan KL Tigers International tahun ini sahaja, pasukan sekolah itu meraih johan sheild dalam pertandingan untuk kategori sembilan tahun dan tujuh tahun, naib johan sheild bawah lapan tahun dan johan cup bawah enam tahun.

Katanya, pasukan yang dinamakan Bestarian itu ditubuhkan pada 2010 bermula dengan murid berusia 11 dan 12 tahun.

Pada 2014, katanya, sekolah bersetuju melatih murid bermula dari usia enam tahun.

PEMAIN ragbi perempuan SK Presint 8 (1), Putrajaya ketika mengadakan sesi latihan.- Foto Mohd Fadli Hamzah
PEMAIN ragbi perempuan SK Presint 8 (1), Putrajaya ketika mengadakan sesi latihan.- Foto Mohd Fadli Hamzah

Kebenaran ibu bapa

Siti Mashitah berkata, memang ada sesetengah ibu bapa bimbang untuk memberi kebenaran kepada anak mereka menyertai pasukan ragbi sentuh.

"Namun begitu, selepas mendapat penerangan dan melihat sendiri sesi latihan, mereka mula faham cara sukan ini. Ragbi sentuh berbeza dengan ragbi biasa yang lebih ekstrem," katanya.

Ranking Lee Zii Jia kini melonjak ke tangga ke-10 dunia. - Foto Reuters
Ranking Lee Zii Jia kini melonjak ke tangga ke-10 dunia. - Foto Reuters

PEMAIN ragbi perempuan SK Presint 8 (1), Putrajaya ketika mengadakan sesi latihan. - Foto Mohd Fadli Hamzah
PEMAIN ragbi perempuan SK Presint 8 (1), Putrajaya ketika mengadakan sesi latihan. - Foto Mohd Fadli Hamzah

Kaedah permainan

Beliau berkata, ragbi sentuh hanya membabitkan sentuhan dengan dua tapak tangan.

Siti Mashitah berkata, permainan ragbi sentuh tidak membabitkan rempuhan berbanding ragbi biasa atau ragbi tackle yang membabitkan rangkulan bahagian bawah badan.

Katanya, murid sekolah itu sudah didedahkan dengan ragbi sentuh seawal usia enam tahun manakala bermula usia sembilan tahun murid lelaki akan didedahkan dengan ragbi tackle.

Beliau berkata, ragbi sentuh tidak memerlukan tiang gol manakala mata diberikan sekiranya pemain berjaya menyentuh bola di kawasan 'try'.

PEMAIN ragbi perempuan SK Presint 8 (1), Putrajaya ketika mengadakan sesi latihan. - Foto Mohd Fadli Hamzah
PEMAIN ragbi perempuan SK Presint 8 (1), Putrajaya ketika mengadakan sesi latihan. - Foto Mohd Fadli Hamzah

INFO

Pencapaian

Putrajaya Cup 2017

  • Naib johan cup bawah tujuh tahun 
  • Naib johan cup bawah lapan tahun 
  • Pertandingan Hari Sukan Negara 2016

  • Johan cup bawah enam tahun 
  • Naib johan bawah tujuh tahun 
  • Johan plate bawah lapan tahun 
Berita Harian X