Khamis, 6 Julai 2017 | 12:09am
LIYANA Shahirah menunjukkan tilam kekabu tempahan pelanggang yang disiapkan di rumahnya di Tanah Putih, Pekan. - Foto Shahrinnahar Latib
LIYANA Shahirah menunjukkan tilam kekabu tempahan pelanggang yang disiapkan di rumahnya di Tanah Putih, Pekan. - Foto Shahrinnahar Latib
LIYANA Shahirah Esahar sedang tekun menyiapkan tempahan bantal kekabu pelanggan di rumahnya di Tanah Putih, Pekan. - Foto Shahrinnahar Latib
LIYANA Shahirah Esahar sedang tekun menyiapkan tempahan bantal kekabu pelanggan di rumahnya di Tanah Putih, Pekan. - Foto Shahrinnahar Latib

Tilam kekabu Pekan ke Melbourne

PEKAN: Ketika memulakan perniagaan membuat tilam bayi daripada kekabu pada Julai tahun lalu, Liyana Shahirah Esahar seperti peniaga lain menggunakan media sosial bagi mempromosikan perniagaannya kerana capaiannya yang lebih meluas.

Namun, hasilnya tidak seperti diharapkan pemilik syarikat Beautiful Blossom yang mahu meningkatkan jualan produknya itu.

Tanpa berputus asa, beliau mencari alternatif lain bagi memastikan 'pengorbanannya' berhenti kerja di sebuah syarikat swasta, berbaloi.

BANTAL burung hantu yang disiapkan untuk pelanggan oleh usahawan muda, Liyana Shahirah Esahar, 26, di rumahnya di Tanah Putih, Pekan, Pahang. - Foto Shahrinnahar Latib
BANTAL burung hantu yang disiapkan untuk pelanggan oleh usahawan muda, Liyana Shahirah Esahar, 26, di rumahnya di Tanah Putih, Pekan, Pahang. - Foto Shahrinnahar Latib

Graduan Ijazah Sarjana Muda Grafik dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu kemudian melihat sebuah iklan televisyen mengenai program #YOUCANDUIT dikendalikan Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) dan mengambil keputusan mendaftarkan diri.

Liyana Shahirah, 26, berkata beliau tekad mendaftar di bawah eUsahawan iaitu program keusahawanan digital bagi pelajar kolej vokasional dan usahawan mikro yang berminat menceburi perniagaan digital.

"Saya kemudian dipanggil untuk menjalani latihan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kuala Pahang dan menerusinya, kami diberi pendedahan mengenai kaedah sesuai bagi penggunaan media sosial untuk meningkatkan jualan.

LIYANA Shahirah tekun menyiapkan tempahan bantal kekabu pelanggan di rumahnya di Tanah Putih. - Foto Shahrinnahar Latib
LIYANA Shahirah tekun menyiapkan tempahan bantal kekabu pelanggan di rumahnya di Tanah Putih. - Foto Shahrinnahar Latib

"Kami diajar bagaimana untuk menggunakan ayat sesuai untuk mempromosikan produk. Latihan itu membuka minda saya terhadap kaedah menjalankan perniagaan secara digital dengan betul," katanya ditemui BH di kediamannya di Kampung Bentan di sini, yang turut dijadikan premis perniagaannya.

Ibu kepada seorang anak perempuan berusia satu tahun hasil perkahwinan dengan Wan Saharul Azmi Wan Rastam Shaharaman, 35, itu berkata, beliau mempraktikkan teknik diajar dan ia membuahkan hasil apabila permintaan terhadap tilam bayi kekabu dihasilkannya mula mendapat sambutan.

ANTARA bantal kekabu hasil tangan Liyana Shahirah yang sudah disiapkan untuk pelanggan. - Foto Shahrinnahar Latib
ANTARA bantal kekabu hasil tangan Liyana Shahirah yang sudah disiapkan untuk pelanggan. - Foto Shahrinnahar Latib

"Saya mendapat pesanan yang banyak dan saya dapat mengembangkan perniagaan dengan memperkenalkan produk baharu seperti bantal untuk orang dewasa, gubahan cenderahati, set hantaran dan gubahan bunga.

"Pelanggan saya bukan sahaja dari dalam negara tetapi ada juga dari Melbourne, Australia dan Vietnam yang melihat produk saya di akaun Instagram dan Facebook," katanya.

Liyana Shahirah berkata, pendapatannya yang dahulu hanya sekadar dalam lingkungan RM700 sebulan kini meningkat kepada lebih RM2,000 sebulan dan ia dapat membantu perbelanjaan mereka sekeluarga.

USAHAWAN muda, Liyana Shahirah Esahar menunjukkan kekabu yang digunakan untuk bantal dan tilam di rumahnya di Tanah Putih, Pekan. - Foto Shahrinnahar Latib
USAHAWAN muda, Liyana Shahirah Esahar menunjukkan kekabu yang digunakan untuk bantal dan tilam di rumahnya di Tanah Putih, Pekan. - Foto Shahrinnahar Latib

"Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana memperkenalkan inisiatif seperti ini yang dapat membantu suri rumah seperti saya yang mahu mencari pendapatan dan pada masa sama menjaga anak," katanya yang bercita-cita mengembangkan lagi perniagaannya.

INFO

* Akaun Instagram - liyana_shahirah90

* Akaun Facebook - Liyana Shahirah

Berita Harian X