Ahad, 25 Jun 2017 | 12:04am
PENDAKI melalui lereng-lereng gunung di Banjaran Himalaya untuk ke Kem Induk Annapurna pada ketinggian 4,130 meter dari paras laut. - Foto Luqman Hakim Zubir
PENDAKI melalui lereng-lereng gunung di Banjaran Himalaya untuk ke Kem Induk Annapurna pada ketinggian 4,130 meter dari paras laut. - Foto Luqman Hakim Zubir
ANTARA pendaki yang berjaya sampai ke Annapurna Base Camp dengan ketinggian hampir 4,130 meter dari paras laut. - Foto Luqman Hakim Zubir
ANTARA pendaki yang berjaya sampai ke Annapurna Base Camp dengan ketinggian hampir 4,130 meter dari paras laut. - Foto Luqman Hakim Zubir

Luqman simpan hasrat tawan Kilimanjaro tahun depan

KUALA LUMPUR: Selepas menawan puncak Annapura Base Camp (ABC), pada Mei lalu, jurugambar The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Luqman Hakim Zubir, kini memasang impian menawan puncak Kilimanjaro (5,895 meter), Tanzania di Afrika pada tahun depan.

Luqman juga menyimpan impian untuk menawan Everest Base Camp jika mendapat penajaan mencukupi dan kesihatan yang baik pada masa depan.

Sebelum ini, Luqman bersama 61 pendaki Malaysia lain berjaya mendaki puncak ABC setinggi 4,130 meter selepas mengharungi cabaran dan berdepan pelbagai risiko termasuk ribut salji, suhu di paras tahap beku, sindrom akut gunung (AMS) dan 'frost bite'.

Luqman mengakui bahawa ramai dalam kalangan rakannya yang mengalami AMS, namun mereka tetap tidak berputus asa dan terpaksa turun ke kawasan lebih rendah sebelum mendaki semula sehingga berjaya sampai ke punca ABC.

Bagaimanapun, Luqman berkata, dia bersyukur kerana tidak pernah terkena AMS dan berada dalam keadaan sihat sepanjang 12 hari ekspedisi ke ABS merangkumi jarak perjalanan pergi-balik mencecah lebih 80 kilometer (km).

Sebelum terbabit dengan ekspedisi berkenaan kebanyakan peserta perlu menjalani latihan intensif bagi membina ketahanan badan termasuk berlari dan mendaki beberapa gunung termasuk Gunung Irau, Cameron Highlands; Bukit Kutu, Kuala Kubu Baru, Selangor dan Gunung Ledang, Tangkak, Johor.

LUQMAN berkongsi pengalaman bersama 62 pendaki ketika ekspedisi menawan puncak Annapurna Base Camp (ABC), Mei lalu. - - Foto Luqman Hakim Zubir
LUQMAN berkongsi pengalaman bersama 62 pendaki ketika ekspedisi menawan puncak Annapurna Base Camp (ABC), Mei lalu. - - Foto Luqman Hakim Zubir

SEBAHAGIAN 62 pendaki Cabaran Annapurna 2017 mengibarkan Jalur Gemilang gergasi ketika tiba di Annapurna Base Camp. - Foto Luqman Hakim Zubir
SEBAHAGIAN 62 pendaki Cabaran Annapurna 2017 mengibarkan Jalur Gemilang gergasi ketika tiba di Annapurna Base Camp. - Foto Luqman Hakim Zubir

"Selepas menjejakkan kaki di Kathmandu, ibu negara Nepal pada 24 April lalu, kami berehat dua hari sebelum menaiki bas henti-henti selama lapan jam dalam keadaan panas dan melalui kawasan berdebu ke Pokhara.

"Kami juga terpaksa mengharungi pelbagai dugaan lain termasuk mendaki dan menuruni beribu anak tangga dalam kedudukan 95 darjah dengan suhu paling rendah mencecah bawah 5 darjah celsius.

"Saya juga ingin menasihati sesiapa yang ingin ke ABC supaya menjaga pemakanan dan membawa bekalan ubat untuk kecemasan kerana kita tidak tahu bahaya bakal menanti jika tidak berjaga-jaga," katanya.

INFO

Nama: Mohd Luqman Nurhakim Mohd Zubir

Tarikh Lahir: 3 Jun 1986

Umur: 31 tahun

Asal: Kuala Lumpur

Nama gunung ditawan:

- Gunung Ledang

- Gunung Fansipan, Vietnam

- Gunung Talang, Indonesia

- Annapura Base Camp, Nepal

Berita Harian X