Isnin, 5 Jun 2017 | 12:04am
CHE TA dilantik duta jenama pakaian Minaz selama setahun.
CHE TA dilantik duta jenama pakaian Minaz selama setahun.

Che Ta melaram 104 pasang baju raya

KUALA LUMPUR: Tak pernah sunyi daripada kontroversi, apa saja yang dilakukan Rozita Che Wan pasti menjadi bualan netizen.

Menjelang Aidilfitri, tumpuan peminat sekali lagi terarah kepada Rozita atau mesra disapa Che Ta, suaminya, Zain Saidin dan si comel kesayangan mereka, Aaisyah Dhia Rana dalam soal persiapan menyambut Syawal.

Andai tahun lalu, Che Ta mengaku menyediakan 110 pasang baju raya untuk dirinya, Zain dan Aaisyah, kali ini, pelakon jelita itu memberitahu, dia akan melaram dengan 104 pasang baju pada Aidilfitri kelak.

 ROZITA Che Wan pada majlis berbuka puasa di sebuah hotel terkemuka. - Foto Luqman Hakim Zubir
ROZITA Che Wan pada majlis berbuka puasa di sebuah hotel terkemuka. - Foto Luqman Hakim Zubir

Menyedari pengakuan itu bakal dikecam netizen yang menganggap sejumlah 104 pasang baju raya seorang, tidak masuk akal, Che Ta memberitahu, sejumlah 94 daripada 104 pasang baju raya yang bakal digayakan sepanjang Syawal, diberi percuma.

"Dilantik sebagai duta jenama pakaian Minaz selama setahun, saya diberi 94 pasang baju dengan rekaan berlainan untuk hari raya.

"Janganlah kecam saya kerana ia diberi percuma. Tahun lalu saya dikecam gara-gara berkongsi jumlah baju raya yang disediakan untuk diri sendiri dan keluarga," katanya kepada BH Plus.

Che Ta berkata, Aaisyah turut menerima 30 pasang baju rekaan Minaz iaitu koleksi sedondon ibu dan anak yang dijual jenama itu sempena Aidilfitri.

"Namun, saya ada menempah 10 pasang baju raya dengan pereka, Rizman Ruzaini sebagai tambahan.

ARTIS dan juga duta butik Minaz, Rozita Che Wan bersama anaknya Aaisyah Dhia Rana ketika pertunjukan fesyen Hari Raya dari butik Minaz di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana, Petaling Jaya. - Foto Nik Hariff Hassan
ARTIS dan juga duta butik Minaz, Rozita Che Wan bersama anaknya Aaisyah Dhia Rana ketika pertunjukan fesyen Hari Raya dari butik Minaz di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Damansara Perdana, Petaling Jaya. - Foto Nik Hariff Hassan

"Tidak ketinggalan, sepasang baju juga ditempah untuk Aaisyah daripada pereka sama," katanya ditemui pada majlis berbuka puasa Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur dan Kem Bersamamu, baru-baru ini.

Meneruskan tradisi, Che Ta berkata, dia menempah baju Melayu suami dan dua anak terunanya, sedondon untuk digayakan pada 1 Syawal.

Mood Aaisyah ikut baju dipakai

Ditanya mengenai kali pertama Aaisyah melakukan aksi catwalk pada pertunjukan fesyen, Minaz Blooming Raya 2017, baru-baru ini, Che Ta mengaku dirinya gementar.

"Ini percubaan kali pertama... Saya takut Aaisyah meragam. Sebelum kami melakukan catwalk, dia sudah mula menarik kain saya seperti tak mahu meneruskan acara itu.

CHE TA dan Aaisyah pada sidang media koleksi Minaz.
CHE TA dan Aaisyah pada sidang media koleksi Minaz.

"Tapi akhirnya, dia mula okay dan menjadi pengalaman menarik buat kami berdua.

"Nampaknya, Aaisyah selesa dengan baju Minaz. Kalau selesa dengan baju yang dipakai, mood dia okay. Kalau tidak, memang sebaliknya," katanya berkongsi telatah si comel kesayangannya itu.

Sibuk sepanjang Ramadan

Dalam perkembangan lain, Che Ta mengakui terbabit dalam banyak program Aidilfitri tahun ini.

"Saya banyak menyertai majlis berbuka puasa selain membuat penampilan untuk jenama Minaz dan gedung Jakel. Saya juga sibuk dengan kegiatan promosi produk By RCW di karnival di seluruh negara.

"Namun, saya banyak berehat dan tak perlu bergegas ke lokasi penggambaran. Sejak mula Ramadan, saya sempat beberapa kali berbuka di rumah bersama keluarga," katanya.

CHE Ta bersama anaknya, Aaisyah.
CHE Ta bersama anaknya, Aaisyah.

Che Ta berkata, drama Santapan Rohani Sentapan Rogayah lakonannya bersama suami, ditayangkan sepanjang Ramadan.

Info program raya Che Ta

  • Telefilem Hero Little Princess Aaisyah menampilkan Cheta, Aaisyah dan beberapa orang pelakon lain seperti Izzue Islam dan anak lelaki Yasmin Hani, Noah Ismail.
  • Telefilem Gitu Gitu Raya
  • Telefilem Eh Dah Nak Raya
  • Teh Tarik Che Ta Raya disiarkan dua jam di RTM. Program yang sama turut diterbitkan sebanyak 26 episod lagi yang akan disiarkan seminggu selepas Aidilfitri.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X