Sabtu, 3 Jun 2017 | 12:01am
SEBAHAGIAN lukisan mural berlatarbelakangkan sejarah dan warisan yang ditempatkan di Butterworth Art Walk, Jalan Kampung Gajah, Bagan Luar, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar
SEBAHAGIAN lukisan mural berlatarbelakangkan sejarah dan warisan yang ditempatkan di Butterworth Art Walk, Jalan Kampung Gajah, Bagan Luar, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar
ATIKAH Ahmad, 25, (kanan) bersama rakannya, Noor Suhana Ariffin, 26, bergambar kenangan bersama lukisan mural berlatarbelakangkan sejarah dan warisan yang ditempatkan di Butterworth Art Walk, Jalan Kampung Gajah, Bagan Luar, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar
ORANG ramai mengunjungi lukisan mural berlatarbelakangkan sejarah dan warisan di Butterworth Art Walk, Jalan Kampung Gajah, Bagan Luar, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar
ORANG ramai mengunjungi lukisan mural berlatarbelakangkan sejarah dan warisan di Butterworth Art Walk, Jalan Kampung Gajah, Bagan Luar, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar
TAN Xia Ling, 19, (kiri) bersama rakannya, Khor Pei See, 20, bergambar kenangan bersama lukisan mural berlatarbelakangkan sejarah dan warisan yang ditempatkan di Butterworth Art Walk, Jalan Kampung Gajah, Bagan Luar, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar
SEBAHAGIAN lukisan mural berlatarbelakangkan sejarah dan warisan yang ditempatkan di Butterworth Art Walk, Jalan Kampung Gajah, Bagan Luar, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Sejarah Butterworth pada dinding

BUTTERWORTH: Penduduk dan pengunjung ke sini kini berpeluang mengetahui asal usul daerah ini yang bergerak seiring kemajuan Pulau Pinang menerusi koleksi lukisan mural dinamakan `Butterworth Art Walk'.

Ia diterjemahkan melalui sembilan paparan lukisan mural yang dilukis tujuh pelukis tempatan di setiap dinding selain meletakkan tudung saji menggantikan payung sebagai pelindung serta tempat untuk berteduh sebagai keunikan terbaru dan lain daripada yang lain.

Terletak di Jalan Kampung Gajah, Bagan Luar, mural itu turut memaparkan asal usul Kampung Gajah, Pahlawan Melayu ketika zaman pemerintahan British dan penanaman tebu di Pulau Mutiara sehingga wujudnya industri Gula Prai di negeri ini.

Pusat seni jalanan berdekatan Dewan Datuk Haji Badawi itu adalah kendalian arkitek Zaini Zainul dengan kerjasama Think City.

Ia juga menjadi alternatif kepada pelancong yang selama ini lebih banyak tertumpu di pulau sahaja bagi menyaksikan pengkarya tempatan menghasilkan rekaan mereka.

SITI Aminah Zukifli, 20, (kiri) bersama rakannya, Nur Syafinas Hashim, 20, mengabdikan kenangan bersama lukisan mural berlatarbelakangkan sejarah dan warisan di Butterworth Art Walk, Jalan Kampung Gajah, Bagan Luar, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

ATIKAH Ahmad, 25, bergambar kenangan bersama lukisan mural berlatarbelakangkan sejarah dan warisan yang ditempatkan di Butterworth Art Walk, Jalan Kampung Gajah, Bagan Luar, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Bagi penduduk sekitar Seberang Perai pula, lukisan mural berlatarbelakangkan sejarah dan warisan itu dapat mengembalikan kenangan terhadap nenek moyang mereka suatu ketika dulu.

Ia menyaksikan Butterworth mengalami pelbagai perubahan, misalnya dari segi ekonomi, ia berubah sebagai hab perkilangan dan pengangkutan untuk negeri di utara Malaysia.

Pekerja swasta, Atikah Ahmad, 25, berkata dia yang tinggal di Seberang Jaya sudah lama menantikan lukisan mural sebegini di kawasan ini bagi mempelajari lebih dekat mengenai budaya masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Lebih menarik, katanya, selain lokasinya yang lebih dekat dengan tempat tinggalnya, kedudukan lukisan mural berkenaan juga strategik apabila berada berdekatan dengan beberapa premis perniagaan dan hotel.

"Sesiapa yang mengunjungi kawasan ini juga tidak perlu bimbang dengan tempat untuk meletak kenderaan berikutan kemudahan yang disediakan sangat mencukupi.

"Ini berbeza sekali jika dibandingkan di kawasan Pulau yang dikatakan begitu padat dengan kehadiran pelancong dan sukar untuk bergambar apabila kenderaan masuk bertali arus," katanya ketika ditemui BH Plus.

GOH Boon Lye, 23, (kiri) bersama rakannya, Catherine Pang, 21, bergambar kenangan bersama lukisan mural berlatarbelakangkan sejarah dan warisan yang ditempatkan di Butterworth Art Walk, Jalan Kampung Gajah, Bagan Luar, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

GOH Boon Lye, 23, (kiri) bersama rakannya, Catherine Pang, 21, bergambar kenangan bersama lukisan mural berlatarbelakangkan sejarah dan warisan yang ditempatkan di Butterworth Art Walk, Jalan Kampung Gajah, Bagan Luar, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Rakannya, Noor Suhana Ariffin, 26, pula berkata, pelancong yang sudah biasa menyaksikan seni jalanan di Pulau Pinang harus berkunjung ke 'Butterworth Art Walk' yang memiliki keunikan tersendiri.

"Terdapat banyak kawasan yang mempunyai bangunan lama di negeri ini dan semestinya idea melukis mural dapat menghidupkan kawasan berkenaan dengan kunjungan orang ramai.

"Jadi, usaha ini harus diteruskan. Selain dapat memelihara bangunan lama ia juga memberi ruang kepada masyarakat khususnya golongan anak muda untuk belajar mengenai sejarah masa lalu melalui lukisan yang dipamerkan," katanya.

INFO: Butterworth Art Walk:

  • Terletak di Jalan Kampung Gajah, Bagan Luar berdekatan Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi.

  • Mempunyai sembilan lukisan mural dihasilkan pengkarya tempatan.

  • Berlatarbelakangkan sejarah asal usul Kampung Gajah, Pahlawan Melayu ketika zaman pemerintahan British dan tanaman tebu sehingga wujudnya Industri Gula Prai.

Berita Harian X