Sabtu, 6 Mei 2017 | 12:05am
PENGURUS Pemakanan dan Saintifik Nestle Product Sdn Bhd, Lee Bee Swan. - Foto Rohanis Shukri

Susu protein lengkap

PRODUK Nestle. - Foto Nurul Syazana Rose Razman

PROTEIN adalah khasiat pemakanan penting bagi membina, membaik pulih dan mengekalkan sel tisu di dalam tubuh.

Antibodi iaitu bahan yang dihasilkan di dalam tubuh bagi mempertahankan badan melawan penyakit juga dihasilkan oleh protein.

Terdapat banyak sumber protein daripada makanan seharian yang kita makan seperti ayam, ikan, hasil tenusu dan tumbuh-tumbuhan.

Pengurus Pemakanan dan Saintifik Nestle Products Sdn Bhd, Lee Bee Swan, berkata menyentuh mengenai protein, ramai mengaitkannya dengan soya.

Beri anak protein secukupnya

Beliau berkata, protein unik kerana strukturnya rumit dan terbina daripada sejumlah asid amino yang menentukan sama ada protein berkenaan lengkap atau sebaliknya.

"Soya adalah sumber protein tidak lengkap berbanding susu, ikan, ayam dan ternakan seperti itik," katanya.

Beliau berkata, kanak-kanak berusia satu hingga tiga tahun memerlukan sekurang-kurangnya 17 gram protein sehari.

Justeru, ibu bapa perlu memastikan anak masing-masing memperoleh keperluan protein menerusi pengambilan makanan yang betul.

Kekurangan protein dalam kanak-kanak boleh dilihat menerusi tubuh yang terlalu kurus dan perut buncit.

Pilih sumber susu, hasil ternakan

Protein daripada sumber seperti ikan, susu dan haiwan ternakan mengandungi asid amino mencukupi berbanding protein tumbuh-tumbuhan seperti kekacang, sayur sayuran dan soya.

Ini kerana protein tumbuh-tumbuhan kekurangan asid amino dikenali sebagai methionine yang diperlukan tubuh khususnya kanak-kanak.

INFO

*Protein struktur asas kehidupan kerana:

  • Membina tisu badan.
  • Mengawal dan mengekalkan tisu badan
  • .

  • Memperbaiki tisu badan.
  • *Protein menyumbang kepada tumbesaran dan perkembangan optimum:

  • Menyokong sistem imun.
  • Menghasilkan antibodi melawan penyakit.
Berita Harian X