Selasa, 2 Mei 2017 | 12:06am

Pesona pengantin

ANGGOTA Unit Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menunjukkan kompaun saman yang telah dikeluarkan selepas premis berkenaan masih gagal mempamerkan tulisan jawi pada papan tanda dalam satu operasi di Tanah Putih Baru. - Foto NSTP/Zulkepli Osman

MENJADI raja sehari adalah impian sekali dalam hidup seseorang yang pastinya mahu menjadi kenangan terindah sepanjang hayat.

Tentunya tidak akan lengkap penampilan pengantin tanpa dihiasi kilauan barangan kemas untuk menyerlahkan lagi keanggunan mereka di hari bahagia.

Sempena Wedding KL yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur baru-baru ini, Bakhache Luxuries menampilkan koleksi terkini barangan kemas jenama mewah, Mouawad.

Digayakan bersama koleksi pengantin dari pereka, Faizel Azraf, rekaan terkini berkenaan menyerlahkan lagi pameran pengantin selama tiga hari berkenaan.

Serlahkan gaya

Dengan sentuhan tersendiri, koleksi dari Mouawad ini menyerlahkan lagi gaya pengantin moden yang menawan dan mempesona hadirin daripada kalangan selebriti, sosialis dan juga kerabat diraja.

Koleksi daripada anting-anting, rantai, loket, cincin dan gelang tangan Mouawad berkenaan tampak anggun dan cukup memukau sepanjang berlangsungnya pertunjukan fesyen pengantin itu.

Berita Harian X