Ahad, 9 April 2017 | 12:05am

350 gegar Sungai Menyala

PORT DICKSON: Lebih 350 peserta tempatan dan luar negara bakal menguji ketahanan fizikal dan mental dalam acara larian lasak 'Sungai Menyala Forest Trail 2017' (SMFT) di Hutan Simpan Sungai Menyala di Pusat EDU-Ecotourism Sungai Menyala, Port Dickson di sini, hari ini.

Pengarah pertandingan, Razif Yahya berkata pihaknya gembira kerana sambutan menggalakkan diterima daripada peserta tempatan dan luar negara termasuk dari Brunei, Kanada, Sepanyol, Perancis, Great Britain, Indonesia, Itali, Jepun, Filipina, Singapura dan Thailand.

Razif berkata, sehingga kini lebih 350 peserta sudah mengesahkan penyertaan dalam cabaran yang turut tersenarai dalam sirkit larian antarabangsa 'Asia Trail Master 2017'.

Antara peserta ternama dari Malaysia yang sudah mengesahkan diri untuk menyertai larian lasak ini ialah Juara Asia Trail Master 2016, Tahira Najmunissa Muhammad Zaid dan pelari vateran, Puzi Dollah serta ramai lagi.

"Kita memilih Pusat Edu-Ecotourism Sungai Menyala sebagai lokasi pertandingan ini kerana ia mempunyai trek sedia ada di dalam kawasan hutan Dipterokarp Tanah Pamah yang mencabar dan masih kaya dengan kepelbagaian flora fauna.

PENGANJUR acara larian lasak SMFT menguji laluan denai di Hutan Simpan Sungai Menyala. - Foto ihsan pembaca
PENGANJUR acara larian lasak SMFT menguji laluan denai di Hutan Simpan Sungai Menyala. - Foto ihsan pembaca

KEADAAN trek di Hutan Simpan Sungai Menyala. - Foto ihsan pembaca
KEADAAN trek di Hutan Simpan Sungai Menyala. - Foto ihsan pembaca

Mata penentu ranking

"Lokasinya yang tidak jauh dari Kuala Lumpur dan hanya kira-kira satu jam memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga memudahkan pelari antarabangsa menyertai pertandingan berkenaan," katanya.

Acara julung kali dianjurkan Malatra Venture dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan dan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Perlumbaan berkenaan terbahagi kepada tiga kategori berkenaan iaitu 50 kilometer (km), 25km dan 10km, selain kategori 'Kid Dash' untuk kanak-kanak yang berumur tujuh hingga 12 tahun, manakala pemenang dipilih berdasarkan kedudukan ranking dan kutipan mata diperoleh di setiap peringkat.

Antara cabaran utama bakal ditempuhi oleh setiap peserta termasuk laluan di tepi denai sungai yang becak, berlumpur dan licin, kawasan ladang kelapa sawit, jalan berbatu dan berbukit.

gn4id:19927917

CABARAN utama bakal ditempuhi peserta dalam acara larian lasak SMFT termasuk laluan di tepi denai sungai yang becak, berlumpur dan licin. - Foto ihsan pembaca
CABARAN utama bakal ditempuhi peserta dalam acara larian lasak SMFT termasuk laluan di tepi denai sungai yang becak, berlumpur dan licin. - Foto ihsan pembaca

INFO:

3 kategori SMFT 2017

  • 50km
  • 25km
  • 10km

Lokasi:

Taman Kota Indah, 71250 Pasir Panjang, Port Dickson Negeri Sembilan (12km dari Bandar Port Dickson/70km dari Kuala Lumpur)

Kemudahan:

Pondok rehat, tapak perkhemahan, denai hutan dan jeti.

Masa operasi:

7 pagi-6 petang - Aktiviti perkhemahan dan bermalam, perlu hubungi Pejabat Hutan Daerah.

ANTARA cabaran utama bakal ditempuhi peserta di Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson. - Foto ihsan pembaca
ANTARA cabaran utama bakal ditempuhi peserta di Hutan Simpan Sungai Menyala, Port Dickson. - Foto ihsan pembaca

Berita Harian X