X
Khamis, 6 April 2017 | 12:08am
SIKAP degil pengunjung yang tidak memperdulikan larangan mandi-manda di Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang, dekat Teluk Bahang. - Foto Syed Ismail Syed Abu Bakar
SIKAP degil pengunjung yang tidak memperdulikan larangan mandi-manda di Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang, dekat Teluk Bahang. - Foto Syed Ismail Syed Abu Bakar
 PAPAN tanda yang dipasang di persisir Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang, dekat Teluk Bahang. - Foto Syed Ismail Syed Abu Bakar
PAPAN tanda yang dipasang di persisir Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang, dekat Teluk Bahang. - Foto Syed Ismail Syed Abu Bakar
PANTAI memutih menggamit pengunjung ke Pantai Kerachut di Taman Negara Pulau Pinang. - Foto Syed Ismail Syed Abu Bakar
PANTAI memutih menggamit pengunjung ke Pantai Kerachut di Taman Negara Pulau Pinang. - Foto Syed Ismail Syed Abu Bakar

Pantai Kerachut dasarnya curam

GEORGETOWN: Pantai Kerachut di Taman Negara Pulau Pinang, Teluk Bahang, didapati sangat bersih dengan pasirnya memutih tetapi malangnya pengunjung dilarang mandi kerana dasar pantainya curam, selain dikhuatiri disengat obor-obor.

Selain bendera merah yang dipacakkan di pantai membawa makna tidak dibenarkan mandi, larangan juga cukup jelas pada papan tanda yang juga berwarna merah yang dikeluarkan atas arahan Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN.

Itu berdasarkan pemerhatian penulis selepas dua jam merintis laluan ke pantai berkenaan dari pintu masuk di taman berkenaan.

Perjalanan ke Pantai Kerachut dianggap sedikit mencabar kerana di sesetengah tempat, penulis perlu mendaki dan menuruni trek yang agak curam atau menegak.

Namun, jalannya tidaklah sukar, malah terdapat banyak laluan mendatar dan landai. Selain menikmati kehijauan hutan, penulis boleh melihat beberapa anak sungai kecil yang jernih dan menyegarkan.

BENDERA merah diletakkan sebagai amaran menghalang pengunjung mandi-mandi di Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang, dekat Teluk Bahang. - Foto Syed Ismail Syed Abu Bakar
BENDERA merah diletakkan sebagai amaran menghalang pengunjung mandi-mandi di Pantai Kerachut, Taman Negara Pulau Pinang, dekat Teluk Bahang. - Foto Syed Ismail Syed Abu Bakar

PENGUNJUNG berehat di Pantai Kerachut di Taman Negara Pulau Pinang. - Foto Syed Ismail Syed Abu Bakar
PENGUNJUNG berehat di Pantai Kerachut di Taman Negara Pulau Pinang. - Foto Syed Ismail Syed Abu Bakar

Taman Negara Pulau Pinang adalah satu destinasi pelancongan yang jarang diberikan publisiti meluas. Terletak kira-kira 45 minit hingga satu jam dari pusat bandar, taman negara ini menjadi lokasi sesuai untuk mereka yang menggemari aktiviti merentasi hutan dan mendaki.

Selain berpeluang menikmati keindahan pantai yang berpasir halus dan berbatu, penulis kecewa kerana ada segelintir pengunjung muda yang nakal dan pemalas meninggalkan sampah seperti botol minuman kosong dan bekas makanan.

Hampir satu jam di Pantai Kerachut, penulis berpatah balik ke jambatan gantung pertama iaitu di persimpangan untuk merintis ke Teluk Kampi atau Pantai Monyet (Monkey Beach).

Pantai di situ popular dalam kalangan pelancong tetapi penulis perlu meredah denai sejauh empat kilometer. Perjalanan menyusuri tepi laut itu memang mengasyikkan. Sesekali terkena hembusan bayu dari laut ketika berjalan menyusup di bawah rimbunan ranting atau melangkah pokok tumbang.

Malah, dalam perjalanan ke Monkey Beach, penulis perlu menaiki banyak anak tangga. Selepas sejam, penulis tiba di pusat kajian Universiti Sains Malaysia (USM), cuaca tiba-tiba bertukar menjadi mendung.

Mengelakkan diri daripada terperangkap dalam hujan, penulis bergegas berpatah balik ke pusat pelawat Taman Negara Pulau Pinang.

PAPAN tanda Pantai Kerachut berhampiran jeti. - Foto Syed Ismail Syed Abu Bakar
PAPAN tanda Pantai Kerachut berhampiran jeti. - Foto Syed Ismail Syed Abu Bakar

INFO

  • Selain trekking menuju ke Pantai Kerachut atau Monkey Beach, pengunjung boleh sampai ke kedua-dua pantai itu dengan bot laju yang diusahakan oleh nelayan tempatan.
  • Pengunjung boleh menyewa RM60 untuk satu bot dan mengambil masa 15 minit-20 minit untuk tiba di pantai yang dituju.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X