Jumaat, 24 March 2017 | 12:07am
PENGUNJUNG mengambil air kolah yang dikatakan boleh menjadi penawar kepada penyakit. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
PENGUNJUNG mengambil air kolah yang dikatakan boleh menjadi penawar kepada penyakit. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
BEDUK di Masjid Kampung Hulu. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
BEDUK di Masjid Kampung Hulu. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
AIR kolah yang digunakan untuk mengambil wuduk di Masjid Kampung Hulu. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
AIR kolah yang digunakan untuk mengambil wuduk di Masjid Kampung Hulu. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
KOLAH bersaiz besar memudahkan pengunjung mengambil wuduk di Masjid Kampung Hulu. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
KOLAH bersaiz besar memudahkan pengunjung mengambil wuduk di Masjid Kampung Hulu. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
MASJID Kampung Hulu yang juga masjid tertua di Malaysia dibina pada sekitar tahun 1728. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
MASJID Kampung Hulu yang juga masjid tertua di Malaysia dibina pada sekitar tahun 1728. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
RUANG solat utama di Masjid Kampung Hulu. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
RUANG solat utama di Masjid Kampung Hulu. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
PEGAWAI masjid, Abdullah Abd Kadir menunjukkan kolah yang digunakan untuk mengambil wuduk di Masjid Kampung Hulu. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
PEGAWAI masjid, Abdullah Abd Kadir menunjukkan kolah yang digunakan untuk mengambil wuduk di Masjid Kampung Hulu. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
MERIAM yang menghiasi pintu masuk utama Masjid Kampung Hulu. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
MERIAM yang menghiasi pintu masuk utama Masjid Kampung Hulu. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
BEDUK yang terdapat di Masjid Kampung Hulu. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
BEDUK yang terdapat di Masjid Kampung Hulu. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
PINTU gerbang yang menjadi laluan masuk ke Masjid Kampung Hulu. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
PINTU gerbang yang menjadi laluan masuk ke Masjid Kampung Hulu. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber

Masjid Kampung Hulu tertua di Melaka

MASJID Kampung Hulu yang terletak di persimpangan Jalan Masjid Kampung Hulu dan Jalan Masjid di tengah bandar Melaka adalah masjid tertua di negeri ini yang dibina sekitar 1720 hingga 1728 ketika penjajahan Melaka oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC).

Pegawai masjid, Abdullah Abd Kadir berkata, mengikut sejarah masjid itu dibina pendatang dari China yang memeluk Islam, Datuk Shamsudin Arom, ketika pemerintahan Belanda dan diubahsuai semula oleh Wazir Al-Sheikh Omar Husaain Al-Attas pada tahun 1892.

Katanya, keunikan masjid itu boleh dilihat menerusi jubin seramik dan jubin lantai yang digunakan oleh kerajaan China dari Dinasti Ching, manakala ukiran serta seni bina pula menggunakan faktor alam semula jadi.

"Walaupun seni bina dan reka bentuk dipengaruhi dari tanah Jawa, namun ia tidak sepenuhnya menggunakan kayu, sebaliknya turut dibina dengan batu bata, termasuk tembok yang memagar kawasan masjid," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Bercirikan seni bina pengaruh Melayu, Cina dan tanah Jawa, masjid ini dibina menggunakan kayu berlian yang masih utuh, selain mengekalkan struktur binaan lain termasuk sebuah kolah mengambil wuduk, tembok sekeliling serta mimbar.

LAMPU yang menghiasi ruang solat utama di Masjid Kampung Hulu. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
LAMPU yang menghiasi ruang solat utama di Masjid Kampung Hulu. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber

SENI bina yang terdapat di Masjid Kampung Hulu. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber
SENI bina yang terdapat di Masjid Kampung Hulu. - Foto Muhammad Zuhairi Zuber

Kekal peralatan lama

Masjid Kampung Hulu mempunyai bumbung berlapis tiga dengan bentuk seakan piramid di mana terdapat ruang di antara lapisan bumbung bagi membolehkan pengaliran udara dan cahaya ke dalam masjid.

Abdullah berkata, Masjid Kampung Hulu mampu memuatkan seramai 500 jemaah pada satu-satu masa dan masih mengamalkan mengambil wuduk menggunakan air kolah yang pernah menjadi tempat wuduk ulama dulu.

Beliau berkata, pengunjung yang datang ke masjid turut berpeluang melihat mimbar serta beduk yang kekal digunakan hingga sekarang untuk memaklumkan kepada penduduk sekitar waktu bersahur, berbuka puasa dan pengumuman jika berlaku kematian.

Bagi mengimarahkan rumah Allah SWT itu, jawatankuasa masjid menyediakan empat aktiviti setiap minggu iaitu kelas agama setiap Isnin, Rabu, Khamis dan Jumaat, zikir, bacaan Yasin dan tahlil selain program khas anjuran masjid.

"Pada bulan Ramadan, kita menyediakan juadah berbuka puasa setiap hari, mengadakan solat sunat Tarawih 23 rakaat, program imarah Ramadan, tadarus al-Quran dan qiamullail," katanya.

FAKTA NOMBOR

Tahun 1728 - Masjid Kampung Hulu siap dibina sepenuhnya

Tahun 1892 - Masjid berkenaan melalui pengubahsuaian

Berita Harian X