Rabu, 5 Julai 2017 | 2:14pm

Bekas amah pemilik D'Herbs didakwa mencuri

DATUK Aliff Syukri Kamarzaman dan isteri, Nur Shahida Mohd Rashid. - Foto Nurul Shafina Jemenon
DATUK Aliff Syukri Kamarzaman dan isteri, Nur Shahida Mohd Rashid. - Foto Nurul Shafina Jemenon

SELAYANG: Bekas pembantu rumah usahawan kosmetik D'Herbs Holding (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini, atas tuduhan mencuri tiga utas gelang emas berjumlah lebih RM1,500, bulan lalu.

Tertuduh Sundari, 40, warga Indonesia mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Sundari dituduh mencuri tiga utas gelang emas berjumlah RM1,509.14 milik isteri usahawan itu, Nur Shahida Mohd Rashid, 32, di sebuah rumah, di Lot 3024, Jalan Melati, Kampung Damai Kuang, di sini, jam 4 pagi, pada 18 Jun lalu.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Julai ini sebutan semula kes.

Berita Harian X