Selasa, 20 Jun 2017 | 10:08am
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Lopeng memadamkan kebakaran rumah pekerja kilang papan di Kuala Baram, Sarawak, awal pagi tadi. - Foto ihsan Bomba

Kediaman pekerja kilang papan musnah 

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Lopeng memadamkan kebakaran rumah pekerja kilang papan di Kuala Baram, Sarawak, awal pagi tadi. - Foto ihsan Bomba
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Lopeng memadamkan kebakaran rumah pekerja kilang papan di Kuala Baram, Sarawak, awal pagi tadi. - Foto ihsan Bomba

MIRI: Kediaman 14 pekerja kilang papan Ridan Sawmill Sdn Bhd musnah dalam kebakaran di kawasan perindustrian Kuala Baram dekat sini, awal pagi tadi.

Kejadian jam 6.34 pagi itu memusnahkan rumah kayu dua tingkat dihuni pekerja kilang itu.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan semua penghuni sempat menyelamatkan diri.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri,  Law Poh Kiong, berkata 12 anggota Bomba dan Penyelamat Lopeng dihantar ke lokasi untuk memadam kebakaran.

"Api dikawal sepenuhnya sejam kemudian. Punca dan jumlah kerugian akibat kebakaran masih disiasat," katanya, hari ini.

Semua mangsa kebakaran akan ditempatkan di rumah pekerja lain untuk sementara waktu.

Berita Harian X