Khamis, 8 Jun 2017 | 3:03pm

Suami isteri ditahan positif dadah

TUJUH lelaki dan seorang wanita ditahan penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Lembah, Penaga, malam tadi selepas ujian air kencing mereka didapati positif dadah. - Foto Ihsan AADK

KEPALA BATAS: Sepasang suami isteri antara lapan individu yang ditahan dalam operasi antidadah, tengah malam tadi.

Pasangan itu ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang di rumah mereka dekat Kampung Lembah, Penaga.

Enam lagi individu berusia lingkungan 20 tahun hungga 60 tahun ditahan di kawasan berdekatan.

Jurucakap AADK negeri berkata, ketika serbuan dijalankan, dua anak pasangan itu berusia dua tahun dan empat tahun sedang tidur di dalam bilik rumah berkenaan.

"Ujian air kencing pasangan suami isteri berusia 33 tahun dan 49 tahun itu mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methapetamine," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

AADK turut merampas dua paket dadah jenis heroin seberat satu gram dalam operasi itu.

Lima individu diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU) untuk siasatan lanjut, manakala tiga lagi disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983.

Berita Harian X