KUALA LUMPUR: Pengendali perkhidmatan e-hailing, Uber, diminta mengkaji semula proses saringan pemandunya susulan kejadian rompakan penumpang wanita, baru-baru ini.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam kenyataannya meminta Uber atau pemandu mengamalkan piawaian keselamatan dan mutu perkhidmatan terbaik kepada penumpang.
Kata SPAD, semua pengedali e-hailing tertakluk kepada peraturan e-hailing di bawah cadangan pindaan Akta Pengakutan Awam Darat 2010, yang dijangka diluluskan Parlimen pada Julai ini.
Di bawah pindaan itu, semua pemandu e-hailing perlu berdaftar dan menjalani pemeriksaan latar belakang dengan SPAD serta agensi penguatkuasaan lain seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Tindakan penalti, termasuk menyita kenderaan akan dikenakan kepada pengedali e-hailing atau pemandu yang melanggar undang-undang.