X
Isnin, 13 March 2017 | 6:49pm

Lelaki ditahan kes kematian wanita

ANGGOTA Polis mengangkat mayat, yang dipercayai dibunuh selepas ditemui mati dalam keadaan tertiarap dalam bilik tidur rumah dengan kesan luka di bahagian belakang badan di Taman Dato Lew Yap Sip, Ampang, Ipoh. - Foto Abdullah Yusof

IPOH : Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan bagi membantu siasatan kes seorang wanita ditemui mati dalam bilik sebuah rumah di Jalan Dato Lew Yap Sip, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata maklumat berhubung penemuan mangsa diterima pada jam 7 pagi.

Susulan kejadian itu, katanya, polis menahan suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian terbabit.

"Kita mendapatkan perintah reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah," katanya dalam satu kenyataan, petang ini.

Beliau berkata, siasatan awal menemui kesan pecah masuk di pintu rumah dan pintu bilik tidur mangsa.

"Mangsa ditemui di bilik utama tingkat atas rumah berkenaan dalam keadaan berlumuran darah.

"Pemeriksaan dalam bilik turut menemui kesan darah di lantai dan dinding selain kesan terbakar pada langsir dan kerusi.

"Bagaimanapun, tiada senjata dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa ditemui di lokasi kejadian," katanya.

Berita Harian X