Rabu, 1 March 2017 | 10:49am

Operasi SAR diteruskan untuk hari ke-33

KOTA KINABALU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lima lagi mangsa bot karam di perairan Pulau Mengalum, di sini, diteruskan untuk hari ke-33, hari ini.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som, berkata operasi itu merangkumi perairan Sabah, Miri dan Brunei.

LAKSAMANA Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som. - Foto Mohd Adam Arinin
LAKSAMANA Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som. - Foto Mohd Adam Arinin

"Lapan aset digunakan bagi meneruskan operasi SAR ini iaitu masing-masing tiga aset daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Pasukan Polis Marin (PPM) serta masing-masing satu aset milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan kerajaan Brunei.

"Setakat pagi ini juga, belum ada sebarang petunjuk baharu ditemui," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada 28 Januari lalu, bot pelancong jenis katamaran yang membawa 31 orang termasuk 28 pelancong China karam di perairan Pulau Mengalum, dipercayai akibat dipukul ombak kuat.

Setakat ini, 26 mangsa telah ditemui termasuk empat yang meninggal dunia.

Berita Harian X