Isnin, 12 Disember 2016 | 5:24pm
ANTARA senjata yang digunakan dua penjenayah yang ditembak mati dalam insiden berbalas tembak dengan sepasukan anggota polis di sebuah ladang sawit di Kunak. - Foto Abdul Rahemang Taiming
ANTARA senjata yang digunakan dua penjenayah yang ditembak mati dalam insiden berbalas tembak dengan sepasukan anggota polis di sebuah ladang sawit di Kunak. - Foto Abdul Rahemang Taiming

Kes di Kunak, Semporna mungkin ada kaitan

PESURUHJAYA Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun (tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak, di Kunak, hari ini. - Foto Abdul Rahemang Taiming
PESURUHJAYA Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun (tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak, di Kunak, hari ini. - Foto Abdul Rahemang Taiming

KUNAK: Polis Sabah masih menyiasat sama ada penjenayah yang ditembak mati di sebuah ladang sawit di Kunak awal pagi tadi, ada kaitan dengan kes tiga penculik yang mati ditembak di perairan Semporna pada malam Khamis lalu.  

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, berkata setakat ini pihaknya percaya dua lelaki berkenaan adalah ahli kumpulan yang aktif dengan aktiviti penyeludupan, pengedaran dadah dan rompakan bersenjata api di daerah ini.  

"Kita masih melakukan siasatan lanjut sama ada mereka ada kaitan dengan insiden (penculikan). Tetapi kita tidak menolak kemungkinan dua suspek yang ditumpaskan ini adalah daripada salah satu kumpulan yang sudah lama bergiat aktif dalam aktiviti jenayah dan rompakan di negeri ini.

"Kita juga sedang memburu saki baki ahli kumpulan ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 1.30 pagi tadi, dua penjenayah yang berumur dalam lingkungan 30-an itu ditembak mati selepas berbalas tembakan dengan sepasukan anggota dari IPD Kunak.  

Polis turut menemui dua senapang patah buatan sendiri atau bakakuk; pistol Colt .45; revolver ; senapang angin; pisau; parang dan sejumlah  peluru serta kelongsong peluru.   

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.  

Berita Harian X