Isnin, 12 Disember 2016 | 10:26am

Polis tembak mati 2 penjenayah di Kunak

KUNAK: Dua penjenayah mati ditembak dalam insiden berbalas tembakan dengan polis di Ladang Tingkayu, dekat sini, awal pagi tadi.

Setakat ini belum dapat dipastikan sama ada dua suspek terbabit ada kaitan dengan kes tiga penculik mati ditembak di perairan Lahad Datu dan Semporna, Khamis lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi Twitter mengesahkan kejadian itu sambil mengucapkan syabas kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak susulan kejayaan menumpaskan penjayah terbabit.

"Syabas IPD Kunak, Sabah @PDRMsia bjaya (berjaya) tumpaskan 2 penjenayah bersenjata api di Ldg (Ladang) Ulu Tingkayu Kunak, pagi tadi. #GoPDRMGo," katanya.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun, dijadual mengadakan sidang media berhubung kes berkenaan di IPD Kunak, petang ini.

Berita Harian X