BALIK PULAU: Kira-kira 10 rumah dan kedai di Kampung Perlis di sini, rosak teruk termasuk bumbung tercabut dilanda ribut, awal pagi tadi.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu.
Seorang penduduk, Nurul Qurratul Ain Sallehuddin, 23, berkata dia sedang tidur bersama adiknya dalam bilik apabila terdengar bunyi tiupan angin yang kuat sebelum rumah mereka bergegar.
"Saya terjaga daripada tidur setelah mendengar bunyi angin yang kuat menyebabkan bumbung rumah bergegar dan serpihan kayu mula jatuh dari siling.
"Saya terus kejutkan adik dan kami terpaksa keluar rumah kerana bimbang perkara lebih buruk terjadi," katanya.