Rabu, 12 Oktober 2016 | 12:21pm

5 didakwa culik ahli perniagaan

ANGGOTA polis mengiringi lima lelaki di Mahkamah Majistret Pulau Pinang, hari ini selepas dituduh menculik seorang ahli perniagaan pada 28 September lalu. - Foto Mikail Ong **201382
ANGGOTA polis mengiringi lima lelaki di Mahkamah Majistret Pulau Pinang, hari ini selepas dituduh menculik seorang ahli perniagaan pada 28 September lalu. - Foto Mikail Ong **201382

GEORGETOWN: Lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan menculik seorang ahli perniagaan pada 28 September lalu.

T Shasitaran, 29; M Ashogan, 34; Mohd Sultan Ahmad Kabir, 37; Ong San Chia, 31, dan Yeoh Shyh Ming, 27, mengangguk faham apabila pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan sebelum ahkamah menetapkan 14 Disember ini untuk sebutan semula kes.

Media sebelum ini melaporkan, dalam kejadian pada jam 11.30 malam, 4 Oktober lalu, polis menahan sembilan individu kerana disyaki terbabit dalam kes culik seorang pemilik syarikat pengurup wang di Bukit Jambul dan meminta wang tebusan RM3 juta.

Empat daripada mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan mahkamah.

Berita Harian X