Ahad, 25 September 2016 | 9:15pm

Wanita cedera terjatuh ketika turun Gua Tempurung

MANGSA dibawa menggunakan pengusung oleh bomba dari kawasan Gua Tempurung sebelum diserahkan kepada ambulan. - Gambar Ihsan Bomba
MANGSA dibawa menggunakan pengusung oleh bomba dari kawasan Gua Tempurung sebelum diserahkan kepada ambulan. - Gambar Ihsan Bomba

KAMPAR: Seorang wanita cedera akibat terjatuh pada ketinggian tujuh meter selepas tali yang digunakan putus ketika menuruni sebuah gua di kompleks Gua Tempurung di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu jam 11.58 pagi, mangsa yang berusia 20-an patah tangan dan turut cedera di kaki dan muka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Meor Mohd Ali Meor Hussien, berkata selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati seorang daripada kumpulan pendaki terjatuh daripada ketinggian tujuh meter.

"Jalan yang digunakan pendaki berkenaan licin dan tali yang digunakan mangsa putus sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan cedera.

"Anggota bomba kemudian menggunakan pengusung kolar menyokong leher untuk membawa mangsa turun dari lokasi mangsa ditemui," katanya.

Berita Harian X