Khamis, 18 Ogos 2016 | 12:30pm

Lelaki maut kereta terbabas masuk longkang

SEORANG lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah apabila kereta mereka terbabas di Jalan Sherip Masahor, Kuching tengah malam tadi. Gambar Ihsan Polis
SEORANG lelaki maut manakala seorang lagi cedera parah apabila kereta mereka terbabas di Jalan Sherip Masahor, Kuching tengah malam tadi. Gambar Ihsan Polis

KUCHING: Seorang lelaki maut, manakala rakannya parah apabila kereta PERODUA Kancil yang mereka naiki terbabas ke dalam longkang besar di Jalan Sheril Masahor, tengah malam tadi.

Kejadian pada jam 12.10 tengah malam di laluan lurus Jalan Sherip Masahor dari arah Bulatan Batu Tiga menghala Bulatan BDC itu mengorbankan penumpang kereta, Yuri Gagarin Seem, 37, manakala pemandu, James Jep, 34, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Deputi Superintendan Alexson Naga, berkata kes disiasat mengikut Seksyen  41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X