Selasa, 19 Julai 2016 | 4:22pm

Nenek, 2 cucu selamat rumah terbakar

ANGGOTA polis mententeramkan mangsa, Absah Ahmad, 66 (duduk) selepas dia bersama dua cucunya berjaya diselamatkan selepas terperangkap dalam rumah yang terbakar di Bandar Springhill, Port Dickson, Negeri Sembilan. - Foto Mohd Khidir Zakaria.

PORT DICKSON: Seorang nenek dan dua cucunya terselamat apabila dibantu beberapa jiran untuk keluar dari rumah yang terbakar di Bandar Springhill di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.50 pagi itu, Absah Ahmad, 66, dan cucu masing-masing berusia 11 dan tujuh tahun terperangkap apabila pintu jeriji tidak dapat dibuka.

Semua mereka yang berada di dapur ketika kebakaran bermula di tingkat atas, segera menjerit meminta pertolongan sebelum beberapa jiran datang memecahkan mangga kunci pintu dan membawa mereka keluar.

Ketua Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat Port Dickson, Pegawai Bomba Ahmad Izam, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.58 pagi dan menghantar tiga jentera dengan 13 pegawai serta anggota.

"Sebaik tiba, kita dapati bahagian tingkat atas sudah terbakar sepenuhnya dan kita berjaya mengawal api daripada merebak," katanya.

Berita Harian X