Khamis, 31 March 2016 | 2:11pm

Bekas isteri Jimmy Shanley dipenjara 3 hari

Jimmy Shanly Norjahan Saleh (kiri) hadir ke Mahkamah Rayuan Syariah untuk mendengar keputusan bekas isterinya, Norsuhaila Eliani Shuhaimy yang dipenjara tiga hari kerana gagal mematuhi perintah Mahkamah Tinggi berkaitan isu hadanah di Mahkamah Rayuan Syariah. - Foto Rosdan Wahid

SHAH ALAM: Mahkamah Rayuan Syariah di sini, mengekalkan hukuman Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 28 Januari tahun lalu terhadap bekas isteri pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 36.

Sebelum ini, Nursuhaila Eliani Suhaimy, 30, didapati bersalah mengingkari perintah berhubung hal lawatan dan bermalam membabitkan anak mereka.

Bagaimanapun, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dipengerusikan Ketua Hakim Syarie, Tan Sri Dr Ibrahim Lembut, mengurangkan tempoh penjara dari tujuh hari kepada tiga hari.

Penghakiman yang dibacakan Hakim Rayuan Syariah, Datuk Aidi Moktar, menolak permohonan Nursuhaila Eliani untuk mengetepikan perintah komital berkenaan atas alasan Mahkamah Tinggi Syariah sudah memberi ruang dan peluangnya membela diri, selain hukuman penjara itu tidak melanggar peruntukan undang-undang syariah Selangor.

Mahkamah Rayuan Syariah mengarahkan Nursuhaila Eliani menjalani hukuman itu bermula hari ini, di Penjara Wanita Kajang.

Berita Harian X