Ahad, 21 Februari 2016 | 10:46am

15 pemancing dikhuatiri hilang bot karam di Langkawi

LANGKAWI: Lima belas pemancing dilaporkan hilang apabila bot pancing yang dinaiki mereka karam berhampiran perairan Pulau Payar, dekat sini, malam tadi.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerima maklumat awal berhubung bot karam itu pada jam kira-kira 10.40 malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku di kira-kira 10 batu nautika selatan Pulau Payar.

Jurucakap APMM berkata, sebuah bot milik agensi terbabit sudah diarah ke lokasi kejadian malam tadi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

"Operasi disambung pagi ini membabitkan masing-masing dua aset APMM, dua aset Polis Marin dan beberapa bot nelayan," katanya.

Berita Harian X