Ahad, 13 Disember 2015 | 2:15pm

Bayi perempuan ditemui dekat longkang

SEREMBAN: Seorang penduduk di Taman Pelangi Indah di Mantin dekat sini, menemui seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan berhampiran longkang, pagi ini. 

Bayi yang masih bertali pusat itu ditemui kira-kira jam 6.15 pagi ketika penduduk berkenaan hendak pergi bersenam di kawasan itu.

Jurucakap polis berkata, wanita berusia 40-an itu terkejut apabila mendengar bunyi bayi menangis dan selepas mencari di sekitar tempat itu, menemui bayi di celah batu dan pokok berhampiran longkang. 

Katanya, penemuan itu kemudian dilaporkan kepada polis dan bayi itu dihantar Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini.

Berita Harian X