Jumaat, 7 Ogos 2015 | 3:26pm

Bayi 8 bulan maut selepas muntah darah di rumah pengasuh

BAYI malang, Mohamad Haziq Izzudin Mohd Safari disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.50 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) petang semalam. - Foto NSTP
BAYI malang, Mohamad Haziq Izzudin Mohd Safari disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.50 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) petang semalam. - Foto NSTP

KUANTAN: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut dipercayai akibat kecuaian pengasuhnya malam tadi.

Bayi berkenaan, Mohamad Haziq Izzudin Mohd Safari disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.50 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, berkata ibu mangsa mendapat panggilan telefon daripada pengasuhnya jam 10.30 pagi Rabu yang mengatakan anaknya tersedak susu.

"Sebaik tiba di rumah pengasuh ibu mangsa mendapati bayi itu dalam keadaan lemah dan muntah darah serta terdapat benjolan di belakang kepalanya.

"Ibu mangsa membawa mangsa ke hospital kerajaan sebelum dipindahkan ke HTAA petang semalam berikutan keadaannya makin kritikal.

"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia jam 11.50 malam tadi," katanya.

Berita Harian X