Isnin, 6 Julai 2015 | 1:52pm

Reman dua suspek kes dera kanak-kanak disambung

IBU tiri dan bapa kandung kanak-kanak lima tahun yang didera sejak enam bulan lalu disambung reman tujuh hari lagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. Sebelum ini kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 di Mahkamah Majistret Pasir Mas pagi tadi. - Foto Syamsi Suhaimi

PASIR MAS: Mahkamah Majistret Pasir Mas hari ini melanjutkan tahanan reman selama tujuh hari terhadap dua suspek dalam kes dera seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Perintah lanjutan tahanan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Majistret, Mohamad Redza Azhar Rezali bermula hari ini dan berakhir Ahad ini (12 Julai).

Lelaki berusia 39 tahun dan wanita berusia 25 tahun itu sebelum ini ditahan reman selama empat hari bermula 29 Jun dan berakhir 2 Julai lepas, dan disambung tiga hari serta berakhir semalam untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

Kanak-kanak itu dilaporkan ditemui ibu kandungnya pada 24 Jun dalam keadaan wajahnya cengkung dan seluruh badannya lebam serta dipenuhi parut manakala tubuhnya membongkok dipercayai akibat patah tulang belakang dan rusuk. Pada hari sama, kanak-kanak itu dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan dan berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). - BERNAMA

Berita Harian X