SELAYANG: Sepasang suami isteri, masing-masing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh dan melupuskan mayat anak lelaki mereka, Mac lalu.
Pengutip hutang, Loo Chon Wen, 33, didakwa membunuh Evan Loo Yong Shen, 9, di Nombor 26, Jalan 10, Taman Usaha Jaya, Kepong, jam 2 petang, pada 29 Mac lalu.
Bagaimanapun tertuduh, hanya mengangguk sambil menjawab 'saya faham' sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dalam bahasa Kantonis di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.
Sementara itu, suri rumah, Tan Boa Jia, 33, mengaku tidak bersalah atas tuduhan melupuskan barang kes dengan menanam mayat Yong Shen di dalam rumah bagi melindungi Chon Wen.