Jumaat, 24 April 2015 | 8:01am
KEADAAN api yang sedang marak menyambar rumah di Kampung Teluk Rhu, Sabak Bernam awal pagi tadi. - Foto NSTP
KEADAAN api yang sedang marak menyambar rumah di Kampung Teluk Rhu, Sabak Bernam awal pagi tadi. - Foto NSTP

Tiga rentung kebakaran di Sabak Bernam

KEADAAN rumah dan kenderaan ketika kebakaran melibatkan sebuah rumah dan mengorbankan tiga mangsa di Kampung Teluk Rhu, Sabak Bernam awal pagi tadi. - Foto NSTP</p>
<p>
KEADAAN rumah dan kenderaan ketika kebakaran melibatkan sebuah rumah dan mengorbankan tiga mangsa di Kampung Teluk Rhu, Sabak Bernam awal pagi tadi. - Foto NSTP

SABAK BERNAM: Tiga rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Teluk Rhu, di sini pada kira-kira jam 2.27 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Kebakaran Bomba Selangor - Penguasa Kanan Bomba Zakaria Muhammad, berkata mayat mangsa pertama, Goh Meng Huat, 70, ditemui pada jam 3.13 pagi di dalam bilik tidurnya.

Mayat kedua, Goh Sim Yen, 34, pula ditemui kira kira jam 3.22 pagi sebelum mayat terakhir, Tan Jia Wai, 7, ditemui pada jam 3.43 pagi.

"Mangsa pertama ditemui dalam keadaan 80 peratus terbakar manakala mangsa kedua dan ketiga rentung sepenuhnya.

"Kita sedang mengkaji punca kebakaran termasuk litar pintas dan unsur sabotaj," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mayat ketiga-tiga mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sabak Bernam untuk siasatan lanjut.

Mengikut laporan awal dari jiran terdapat lima orang di dalam rumah berkenaan.

Berita Harian X