Khamis, 8 Januari 2015 | 11:31am

Dua remaja maut dalam kemalangan di Bahau

DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Besar Rompin-Bahau, dekat sini, malam tadi. - Foto Abnor Hamizam Abd Manap
DUA remaja lelaki maut selepas motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Besar Rompin-Bahau, dekat sini, malam tadi. - Foto Abnor Hamizam Abd Manap

BAHAU: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Besar Rompin-Bahau, dekat sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 10.30 malam.

Katanya mangsa, Muhammad Adzeem Mohd Daud, 13, dari Taman Desa Puteri dan Mohamad Farhan Abdullah, 19, dari Taman Bahau di sini yang mengalami kecederaan parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kemalangan berlaku apabila motosikal jenama Yamaha 125Z yang dinaiki kedua-dua mangsa menghala ke Bahau hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga FLX," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat manakala pemandu kereta terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, katanya. - BERNAMA

Berita Harian X