Isnin, 3 November 2014 | 4:18pm

Pengawal keselamatan didakwa cabul anak jiran

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, September lalu.

Mohamad Borhanudin Mohd Shafiei, 48, didakwa mencabul kehormatan mangsa yang juga anak jirannya di sebuah rumah di Cheras pada jam 6 pagi, 6 September lalu.

Dia didakwa mengikut Sekyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Nurul Ain Abdul Rahim membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 November depan untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N Joy Jothi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

- BERNAMA

Berita Harian X