Selasa, 9 September 2014 | 1:23pm

Dua lelaki Colombia ditahan disyaki terbabit pecah rumah

SHAH ALAM: Dua lelaki warga Colombia ditahan polis kerana terbabit dalam kes pecah rumah, Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah, berkata suspek berusia 25 dan 31 tahun itu ditahan di sebuah kondominium mewah di Subang Jaya kira-kira jam 9 malam.

"Polis merampas pelbagai peralatan pecah rumah dan barangan yang dicuri suspek dalam beberapa kejadian sebelum ini.

"Suspek dipercayai terbabit dengan sekurang-kurangnya lima kes pecah rumah sekitar Shah Alam, Petaling Jaya dan Putrajaya," katanya.

Suspek kini ditahan reman sehingga 19 September ini untuk siasatan lanjut.

Berita Harian X