Sabtu, 18 March 2023 | 11:28pm
Shi Yuqi dan Lee Zii Jia (kanan) bersalaman selepas tamat aksi separuh akhir Seluruh England. - Reuters
Shi Yuqi dan Lee Zii Jia (kanan) bersalaman selepas tamat aksi separuh akhir Seluruh England. - Reuters

Yuqi sekat kemaraan Zii Jia

KUALA LUMPUR: Langkah pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia terhenti di separuh akhir Seluruh England selepas tewas di tangan Shi Yuqi dari China, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham itu, Zii Jia terpaksa akur apabila tewas 19-21, 13-21 dalam tempoh 43 minit.

Kemenangan menyaksikan Yuqi yang juga juara edisi 2018 akan membuat perhitungan dengan pemenang perlawanan antara rakan senegaranya, Li Shi Feng yang menentang Anders Antonsen dari Denmark dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Bagi Zii Jia, pencapaian mara ke separuh akhir boleh dianggap sebagai petanda kebangkitan pemain nombor empat dunia itu yang sebelum ini terkandas di pusingan awal dalam empat kejohanan disertainya musim ini - Terbuka Malaysia, Terbuka India, Masters Indonesia dan Terbuka Jerman.

Zii Jia dijadual beraksi pada saingan Terbuka Switzerland yang bermula Selasa ini dengan dia akan membuka tirai kempen Shi Feng di pusingan pertama kejohanan.

Berita Harian X