Selasa, 2 Ogos 2022 | 2:46pm
Beregu campuran negara, Peng Soon Chan (kiri) dan Cheah Yee See meraikan kejayaan menewaskan wakil England, Marcus Ellis-Lauren Smith pada aksi separuh akhir Sukan Komanwel 2022 di NEC Birmingham, semalam. - Foto AP.
Beregu campuran negara, Peng Soon Chan (kiri) dan Cheah Yee See meraikan kejayaan menewaskan wakil England, Marcus Ellis-Lauren Smith pada aksi separuh akhir Sukan Komanwel 2022 di NEC Birmingham, semalam. - Foto AP.

Semangat Peng Soon membara buru pingat kedua

BIRMINGHAM: Pemain beregu campuran berpengalaman negara, Chan Peng Soon mengakui bukan tugas mudah untuk meraih emas acara individu pada Sukan Komanwel 2022 di sini.

Namun dia yang merangkul gangsa di New Delhi 2010 bersama bersama gandingannya, Goh Liu Ying tetap optimis ke arah itu terutama selepas membantu negara mara ke final acara berpasukan campuran bertemu India hari ini (semalam utk print).

"Bagi semua atlet sukan mesti ada sasaran bila sertai mana-mana kejohanan. Sudah pasti sasaran mereka itu adalah menang pingat paling tinggi iaitu emas. Dan saya juga tidak terkecuali pada Sukan Komanwel di sini," katanya ketika ditemui di National Exhibition Center (NEC) Birmingham, di sini iaitu gelanggang bagi pertandingan badminton Sukan Komanwel 2022.

Pada temasya di sini, Peng Soon digandingkan dengan pemain muda, Cheah Yee See untuk beregu campuran selain beregu lelaki bersama Tan Kian Meng.

Setakat ini, mereka sudah berjaya membantu skuad negara layak ke final acara berpasukan campuran bertemu India.

"Memang saya tidak pernah menang emas dalam saingan individu, paling bagus adalah gangsa. Jadi, saya harap kali ini boleh dapat pencapaian yang lebih baik," katanya.

Pada temasya ini, Peng Soon-Yee See diletakkan sebagai pilihan kelima manakala gandingan Kian Meng-Lai Pei selaku pilihan utama.

Selain gangsa bersama Liu Ying, Peng Soon turut berjaya membantu skuad badminton negara meraih emas acara berpasukan campuran di New Delhi dan di Glasgow pada 2014.

Berita Harian X