Selasa, 28 Jun 2022 | 10:35pm
Beregu lelaki Malaysia Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin beraksi ketika menentang beregu Jepun Keiichiro Matsui dan Yoshinori Takeuchi pada perlawanan pusingan pertama Badminton Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil. - NSTP/ASWADI ALIAS.

Pemain beregu lelaki Jepun Keiichiro Matsui (kanan) dan Yoshinori Takeuchi beraksi ketika menentang pemain beregu lelaki Malaysia Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin pada perlawanan pusingan kelayakan Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini. - Foto BERNAMA

Lima lolos, lapan terkandas

KUALA LUMPUR: Hari pertama Terbuka Malaysia 2022 yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil menyaksikan lima daripada 13 wakil negara mara ke pusingan kedua kejohanan bertaraf Jelajah Dunia Super 750 itu.

Pasangan beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai membuat kejutan menewaskan pilihan ketujuh kejohanan, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing 21-18, 19-21, 21-18 dalam tempoh 1 jam.

Pemain beregu campuran Malaysia, Goh Soon Huat-Shevon Lai pada kejohanan Petronas Malaysia Open di Axiata Bukit Jalil. - Foto Aswadi Alias
Pemain beregu campuran Malaysia, Goh Soon Huat-Shevon Lai pada kejohanan Petronas Malaysia Open di Axiata Bukit Jalil. - Foto Aswadi Alias

Ia adalah pertembungan ketujuh antara mereka dengan rekod kemenangan memihak kepada Soon Huat-Shevon 5-2.

Kali terakhir Soon Huat-Shevon mencatat kemenangan ke atas rakan senegara itu adalah di separuh akhir Terbuka Switzerland, Mac lalu.

Pasangan beregu lelaki, Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong mengikut jejak Soon Huat-Shevon apabila menewaskan gandingan Denmark, Jeppe Bay-Lasse Molhede 18-21, 21-15, 21-17.

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut melangkah ke pusingan kedua beregu lelaki apabila menewaskan gandingan muda senegara Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal 21-19, 21-13 dalam tempoh 30 minit.

Aksi pemain beregu lelaki Malaysia Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi menentang rakan senegara Junaidi Arif dan Muhammad Haikal pada perlawanan pusingan kelayakan Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2022 di Axiata Arena Bukit Jalil hari ini.

"Mereka mempunyai potensi untuk pergi jauh. Kombinasi mereka juga baik namun kena ada pengalaman yang lebih banyak untuk mereka pergi jauh. Mereka juga masih muda dan beraksi di hadapan penyokong sendiri, pastinya mereka teruja dan ini sesuatu yang baik untuk mereka juga," kata Ee Yi.

Yew Sin-Ee Yi dijadual bertemu berdepan juara Olimpik Tokyo dari Taiwan, Lee Yang-Wang Chi-Lin yang juga pilihan keempat kejohanan di pusingan kedua, Khamis ini.

Pemain beregu wanita Malaysia, Low Yeen Yuan dan Siow Valeree pada kejohanan Petronas Terbuka Malaysia di Axiata Arena Bukit Jalil. - Foto Aswadi Alias
Pemain beregu wanita Malaysia, Low Yeen Yuan dan Siow Valeree pada kejohanan Petronas Terbuka Malaysia di Axiata Arena Bukit Jalil. - Foto Aswadi Alias

Pasangan beregu wanita, Low Yeen Yuan-Valeree Siow menewaskan gandingan Jerman, Linda Efler-Isabel Lohau 17-21, 21-16, 21-19 dalam tempoh 1 jam 13 minit.

"Saya rasa (permainan) tidak begitu teruk tapi bukan yang terbaik," kata Valeree mengulas mengenai perlawanan bertemu gandingan di ranking ke-24 dunia itu.

"Kami tidak kisah mengenai ranking, kami hanya cuba yang terbaik."

Yee Yuan-Valeree dijadual bertemu gandingan ranking pertama dari China yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, Chen Qing Chen-Jai Yi Fan.

Menutup saingan hari ini dengan kemenangan adalah pasangan beregu lelaki, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang berjaya menumpaskan gandingan Jepun, Keiichiro Matsui-Yoshinori Takuchi.

Ini adalah kemenangan kedua Sze Fei-Nur Izzuddin ke atas pasangan Jepun itu selepas menewaskan mereka di suku akhir Cabaran Antarabangsa Malaysia 2017.

Berita Harian X