Sabtu, 18 Jun 2022 | 9:20pm
Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi gagal ke final Terbuka Indonesia selepas tewas kepada gandingan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi. - Foto ihsan FB BAM.
Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi gagal ke final Terbuka Indonesia selepas tewas kepada gandingan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi. - Foto ihsan FB BAM.

Aaron-Wooi Yik turut terkandas di separuh akhir

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi tewas di saingan separuh akhir Terbuka Indonesia di Istora Senayan, Jakarta, sebentar tadi.

Mereka tunduk kepada pasangan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dengan keputusan 21-18,21-13 dalam tempoh 38 minit.

Aaron-Wooi Yik berjaya memberi tentangan sengit pada set pertama, namun kesilapan mudah yang dilakukan beregu diranking ketujuh dunia itu memberi ruang kepada pasangan China terbabit mengutip mata seterusnya mendahului perlawanan.

Kekalahan itu, sekali gus memadam hasrat pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo itu untuk meraih gelaran pertama pada musim ini.

Sebelum itu, harapan disandarkan kepada jaguh perseorangan profesional negara Lee Zii Jia untuk melangkah ke peringkat akhir turut berkecai selepas tewas kepada pemain di ranking pertama dunia dari Denmark, Viktor Axelsen.

Zii Jia bermula dengan baik apabila berjaya menjinakkan Axelsen 21-19 di set pertama namun terpaksa akur tewas pada dua set selepas itu 11-21 dan 21-23.

Pertembungan antara Zii Jia dan Axelsen ini adalah yang ketujuh dengan rekod kemenangan memihak kepada pemain Denmark berkenaan 5-2.

Berita Harian X