Ahad, 22 Mei 2022 | 3:41pm
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei menang emas Sukan SEA 2021 di Hanaoi, hari ini. - Foto ihsan FB BAM.
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei menang emas Sukan SEA 2021 di Hanaoi, hari ini. - Foto ihsan FB BAM.

Tang Jie-Yen Wei sumbang emas ke-38 negara

HANOI: Chen Tang Jie-Peck Yen Wei mengesahkan emas ke-38 kontinjen negara di Sukan SEA 2021 di sini, hari ini selepas menang aksi akhir perlawanan beregu campuran dengan mengalahkan rakan senegara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See 15-21, 21-19, 21-13.

Kejayaan itu juga sekali gus menamatkan kemarau pingat emas 23 tahun dalam acara beregu campuran.

Walaupun bertemu rakan sepasukan Hoo Pang Ron-Cheah Yee See, namun bukanlah mudah buat mereka untuk mencipta kemenangan apabila terpaksa berhempas pulas tiga set menerusi pungutan mata 15-21.21-19,21-13.

Aksi yang berlangsung di Gimnasium Bac Giang itu menyaksikan Pang Ron- Yee See diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan terlebih mencipta kemenangan menerusi 15-21.

Status 'underdog' yang diletakkan kepada Tan Jie-Yen Wei jelas tidak membuatkan mereka goyah apabila bangkit pada dua set kemudian sekali gus memastikan pingat emas buat dua pasangan itu.

Pan Ron-Yee See yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan pula tetap berpuas hati apabila mereka membawa pulang pingat perak untuk negara.

Mengikut rekod, Tan Jie-Yen Wei yang turut digelar sebagai 'pembunuh gergasi' menumbangkan pilihan pertama kejohanan dari Indonesia Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 20-22 21-13 21-18.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan kem badminton tidak pernah pulang hampa apabila tetap menjadi antara penyumbang emas untuk kontinjen Malaysia.

Terdahulu, perak menjadi milik kem badminton negara menerusi acara berpasukan lelaki selepas tewas kepada Thailand 3-0 di pentas final.

Gangsa pula disumbangkan beregu wanita negara Cheah Yee See-Cheng Su Hui selepas kecundang kepada pasangan adik beradik dari Thailand Benyapa Aimsaard-Nuntakarn Aimsaard 21-16,21-6 di pusingan separuh akhir semalam(paper kelmarin).

Secara keseluruhan kem badminton negara membawa pulang satu emas dua perak dan satu gangsa pada edisi SUKAN SEA 2021.

Ikuti liputan Sukan Sea ke-31 2021 di laman https://www.bharian.com.my/sukansea2021/index.html

Berita Harian X