Jumaat, 13 Mei 2022 | 12:49am
Aksi Lee Zii Jia ketika menentang pemain India, Lakshya Senpada perlawanan pertama saingan suku akhir Piala Thomas di Nonthaburi, Thailand malam tadi. - Foto EPA
Aksi Lee Zii Jia ketika menentang pemain India, Lakshya Senpada perlawanan pertama saingan suku akhir Piala Thomas di Nonthaburi, Thailand malam tadi. - Foto EPA

Kemarau kejuaraan Piala Thomas negara terus berpanjangan

KUALA LUMPUR: Kemarau Malaysia bagi menjulang trofi Piala Thomas terus berpanjangan selepas tewas 3-2 kepada India dalam aksi sengit saingan suku akhir di Bangkok, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Impact Arena itu, skuad negara bermula dengan langkah kanan selepas jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia menyumbang mata pertama hasil kemenangan ke atas Lakshya Sen 23-21, 21-9.

Kemenangan itu membolehkan pemain nombor enam dunia berkenaan melunaskan dendam ke atas Lakshya selepas tewas di tangan lawan itu di separuh akhir Seluruh England, Mac lalu.

Bagaimanapun, rentak kecemerlangan Zii Jia gagal diteruskan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei yang sekali lagi diberi tanggungjawab selaku beregu pertama apabila tewas di tangan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 19-21, 15-21 sekali gus membolehkan India menyamakan kedudukan 1-1.

Aksi pemain beregu negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin membalas hantaran lawannya dari India, Satwiksairaj Rankireddy dan Chirag Shetty pada perlawanan suku akhir Kejohanan Piala Thomas di Stadium Impact Arena Bangkok hari ini. - Foto BERNAMA

Pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong dipilih menggantikan tempat jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia di Sukan Komanwel. - BERNAMA
Pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong dipilih menggantikan tempat jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia di Sukan Komanwel. - BERNAMA

Aksi perseorangan kedua menyaksikan giliran India mendahului perlawanan 2-1 selepas pemain negara, Ng Tze Yong tewas kepada pemain berpengalaman, K Srikanth 11-21, 17-21.

Namun, gandingan pecahan negara, Aaron Chia-Teo Ee Yi mengekalkan momentum selepas menyumbangkan mata ketika Malaysia menewaskan Jepun dalam aksi peringkat kumpulan semalam apabila kali ini mereka menjinakkan Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjala 21-19, 21-17 untuk menyamakan kedudukan buat skuad negara.

Pemain perseorangan ketiga, Leong Jun Hao yang diletakkan sandaran bagi menghadiahkan mata kemenangan buat skuad negara tidak dapat merealisasikannya selepas tewas kepada HS Prannoy 13-21, 8-21.

Kekalahan menyaksikan Malaysia terpaksa menunggu dua tahun lagi bagi menamatkan kemarau panjang kejuaraan Piala Thomas selepas kali terakhir menjulang trofi berprestij berkenaan pada edisi 1992 di Kuala Lumpur.

Pemain badminton perseorangan India, K Srikanth meraikan kejayaan selepas menewaskan Ng Tze Yong dengan keputusan 21-11,21-17. - Foto BERNAMA
Pemain badminton perseorangan India, K Srikanth meraikan kejayaan selepas menewaskan Ng Tze Yong dengan keputusan 21-11,21-17. - Foto BERNAMA

Sejak itu, pencapaian terbaik skuad negara adalah empat kali muncul naib juara pada edisi 1994 di Jakarta, Indonesia, 1998 di Hong Kong, 2002 di Guangzhou, China dan 2014 di New Delhi, India.

Tahun lalu di Aarhus, Denmark, skuad negara turut tersingkir di suku akhir selepas tewas di tangan Indonesia 0-3.

Kali terakhir Malaysia mara ke separuh akhir adalah pada edisi 2016 di Kunshan, China sebelum tewas kepada Denmark 2-3.

Berita Harian X